Vitamin untuk Ibu mengandung

Hai semua pembaca blog Felicitousmom.com..

Hari ni saya mau share pasal vitamin untuk ibu mengandung since ramai kawan-kawan saya yang sedang preggy sekarang ni.

Ibu yang mengandung perlukan nutrisi yang mencukupi untuk dirinya dan juga bayi yang dikandungnya. Kalau ibu tu kekurangan nutrisi, maka ia boleh menyebabkan kecacatan pada janin yang dikandungnya. Begitu juga kalau pengambilan nutrisi yang berlebihan juga akan memberi kesan yang buruk pada pertumbuhan bayi.

Vitamin untuk Ibu mengandung

Bagi mencukupkan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan, ibu mengandung perlulah mengambil sumber vitamin dan mineral seperti berikut bagi menggalakkan pertumbuhan bayi yang sihat.

Protein

Protein diperlukan oleh ibu hamil untuk pembentukan sel-sel baru, plasenta serta menyokong pertumbuhan dan pembezaan sel. Kekurangan pengambilan protein sepanjang kehamilan menyebabkan janin gagal mencapai pertumbuhan optimum sesuai dengan fungsi genetiknya. Kekurangan pengambilan tenaga dan protein sering dikaitkan dengan terjadinya kelahiran pramatang, bayi kurang berat iaitu <2500 gram dan juga risiko kematian bayi yang tinggi.

Asid Folik

Asid folik termasuk dalam golongan vitamin B9 yang diperlukan untuk sintesis asid nukleik dan asid lemak rantai panjang yang berfungsi untuk perkembangan otak. Folik bersifat larut dalam air, maka vitamin ini tidak dapat disimpan di dalam tubuh. Oleh itu, untuk menghindari risiko bayi lahir cacat akibat kekurangan asid folik, maka ibu mengandung haruslah mengambilnya setiap hari. Malahan ibu yang merancang untuk hamil juga perlu memulakan pemgambilannya beberapa bulan sebelum hamil.

Sintesis DNA dan pematangan sel darah merah juga sangat bergantung pada pengambilan asid folik. Jika kekurangan zat ini, ia boleh menyebabkan ibu mengandung akan mengalami anemia. Kekurangan asid folik iaitu < 0.24 mg/hari pada kehamilan kurang dari 28 minggu akan meningkatkan risiko cacat pada janin, bersalin tidak cukup bulan serta berat bayi lahir yang rendah. Kekurangan asid folik juga mengganggu pertumbuhan sistem saraf pusat sehingga menyebabkankerencatan mental serta fungsi otak terganggu.

Jika terjadi gangguan pada hari ke-16 selepas persenyawaan, maka akan memberi kesan pada pembentukkan kepala sehingga terjadinya encephali iaitu bayi lahir tanpa tempurung kepala dan otak di mana ia biasanya berlaku pada hari ke-22 sehingga hari ke-26. Kekurangan asid folik juga boleh menyebabkan gangguan pada pembentukkan tulang belakang sehingga janin boleh menghidap spina bifida.

Kalsium dan Fosforus

Kalsium dan fosforus sangat penting untuk menyokonbg pertumbuhan kerangka tulang dan struktur gigi. Kekurangan pengambilan zat gizi iniĀ  sepanjang kehamilan menyebabkan pengambilan simpanan dalam tubuh ibu dan menggangu kesihatan ibu yang mengandung di mana kalsium dan fosforus yang diperlukan oleh janin diambil daripada tulang dan gigi ibu hamil. Jadi tidak hairan la jika ibu-ibu yang hamil seringkali mengalami sakit-sakit tulang dan gigi rapuh semasa hamil jika pengambilan kalsium dan fosforus tidak mencukupi.

Zat Besi

Zat besi merupakan komponen pembentuk hemoglobin darah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen. Zat Besi juga sangat diperlukan untuk meningkatkan daya tahan tubuh ibu dan kekebalan janin terhadap penyakit berjangkit serta membantu pertumbuhan dan perkembangan otak janin. Pengambilan makanan yang mengandungi kurang zat besi menyebabkan ibu mengandung mengalami anemia iaitu kekurangan darah merah (hemoglobin) dalam badan. Saya akan menerangkan tentang bahaya anemia kepada ibu mengandung dalam entri saya yang seterusnya.

Iodin

Iodin sangat penting sebagai bahan asas untuk hormon tiroksin yang berfungsi dalam pertumbuhan dan menyokong perkembangan otak bayi. Kekurangan iodin akan menyebabkan penyakit beguk, kerdil, kerencatan mental dan IQ yang rendah.

Zink

Di dalam tubuh janin, zink,kalsium dan protein membantu proses pertumbuhan tulang janin. Manfaatnya ialah mengatur gula dalam darah, melindungi kekebalan tubuh, mempercepatkan penyembuhan luka dan memelihara kesihatan mata.

Vitamin C

Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan dan membantu enzim melakukan tugasan mengikut fungsinya seperti dalam proses metabolisme tubuh. Fungsi lainnya ialah membantu pembentukkan sel kolagen, membantu metabolisme protein,mempercepatkan penyembuhan luka,meningkatkan ketahanan tubuh terhadap penyakit, membantu tubuh menyerap zat besi dan mencegah kanser.

Vitamin B12 (kobalamin)

Vitamin ini berperanan ketika pembahagian sel yang berlaku dengan cepat, memelihara lapisan yang mengelilingi dan melindungi serat saraf, membantu metabolisme lemak, protein dan karbohidrat. Selain itu, ia juga berperanan dalam aktiviti dan metabolsime sel-sel tulang untuk melepaskan asid folik sehingga dapat membantu pembentukkan sel-sel darah merah.

Vitamin B3 (niasin)

Fungsi vitamin B3 adalah sebagai koenzim yang dibentuk oleh niasin, NAD (Nicotanamie Adenine Dinucleatide) dan NADP (Nicotanamie Adenine Dinucleatide Phospate). Niasin diperlukan untuk beberapa aktiviti metabolisme, terutama metabolisme glukosa, lemak dan alkohol. Selain itu, niasin juga membantu untuk melancarkan peredaran darah, meredakan sakit kepala, melancarkan sistem pencernaan serta menjaga kesihatan kulit, dan fungsi sistem saraf.

Vitamin B2 (riboflavin)

Ibu mengandung sangat perlukan tambahan riboflavin kerana vitamin ini sangat penting untuk pertumbuhan janin. Riboflavin membantu enzim untuk menghasilkan tenaga, dapat memelihara kesihatan mata, bibir, tekak, kulit, rambut dan organ pembiakan.

Vitamin B1 (tiamin)

Tiamin merupakan coenzyme yang diperlukan untuk metabolisme tenaga dan membantu pertumbuhan janin. Fungsi sistem saraf, jantung dan otot bergantung kepada tiamin.

Vitamin A

Vitamin A berperanan penting untuk meningkatkan daya tahan tubuh sehingga dapat mencegah kematian bayi dalam kandungan. Fungsi lainnya seperti pemeliharaan sel kornea, membantu pertumbuhan tulang dan gigi serta membantu melindungi tubuh dari kanser. Walaubagaimana pun, pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh memudaratkan bayi yang dikandung.

Berdasarkan kepada penerangan mengenai keperluan vitamin untuk ibu mengandung di atas, adalah disarankan agar ibu mengandung mengambil suplemen pre-natal yang mencukupi bagi membantu pertumbuhan bayi dan juga mengekalkan kesihatan ibu secara optima.

Ibu-ibu yang sedang mengandung boleh mencuba suplemen shaklee untuk membantu mencukupkan pengambilan nutrisi sepanjang tempoh kehamilan. Istimewanya set ibu hamil shaklee ini ia boleh diambil secara berterusan ketika berpantang dan menyusukan bayi. So, anda tidak perlu risau lagi untuk mencari set berpantang lain. Hanya top-up vitamin yang lain saja. Jimat bukan..

Cadangan set ibu hamil shaklee terdiri daripada vitamin berikut:

Saya akan mengongsikan cadangan pola pemakanan ibu mengandung di entri saya seterusnya. Stay tuned readers..

Salam sayang dari saya.. FelicitousMom..

Jessie Fufu, Pengedar dan Perunding Shaklee anda.

 

(Visited 77 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge