Turun 8kg berat dengan crossfit training

Actually ni entry kira throwback 1 tahun lepas sebelum saya pregnant baby ke 3. Kalau kamu tingu tu tajuk, alaaa sikit saja turun 8kg..tapi bagi saya, 8kg tu cukup kasi happy suda sebab badan saya makin kuat dan tidak mudah sesak nafas kalau naik tangga rumah 3 tingkat.hehehe..

Awal tahun lepas saya bersemangat tinggi macam gunung everest untuk turunkan berat badan bila hampir semua pakaian saya tidak muat selepas krismas 2014. Berat saya pada masa itu hampir mencecah berat sebelum bersalin anak ke 2 iaitu 72kg.. Sudahlah badan tidak tinggi.. Maka jadilah saya pindik2 golombon.😂😂 Untungnya, husband masih sayang walaupun badan suda membesar 2 kali ganda selepas jadi mummy.

weightloss
First thing saya buat ialah sign up membership gym di Core Fitness City Mall (tempat saya berkenalan dengan team Eastbay yang hebat2, friendly and supportive). Saya juga ada personal trainer yang sangat best iaitu Mr. Faizal. Tidak rugi training under dia sebab dia akan design workout kita ikut kesesuaian badan dan apa target kita. Kalau mau contact dia, bolehlah pm FB dia Mohd Faizal Afdal. 

Bulan pertama sebelum ada PT, saya hanya mengikuti kelas2 cardio seperti zumba dan Bodycombat yang ditawarkan oleh gym tersebut. Kadang2 kalau tidak sempat ikut kelas, saya hanya berlari di treadmill selama 20-30 minit. Saya akan ke gym setiap hari bekerja sahaja kerana hujung minggu adalah untuk saya bersama-sama family. Bulan pertama saya hanya turun hampir 2kg saja.. Mcm banyak kunun tapi sebenarnya inchloss masi tidak banyak berubah.

Masuk bulan kedua iaitu pada awal februari 2015, saya memulakan sesi personal training dengan trainer saya 3 kali seminggu sehingga saya decided untuk join kelas crossfit bersama-sama rakan Eastbay setiap hari selasa, khamis dan sabtu. Setiap sesi selama 1 jam itu kena buat SWOD dan WOD. Selain itu ada juga aktiviti di luar gym seperti LSD dan sebagainya. Memang best dan its fun working out with the team. Rugi tidak join dorang. Thanks to datin Nic sebab kasi kenal tu group Eastbay.

Apa itu crossfit?

CrossFit is a fitness program created by Greg Glassman and is a registered trademark of CrossFit, Inc. which was founded by Greg Glassman and Lauren Jenai in 2000. Promoted as both a physical exercise philosophy and also as a competitive fitness sport, CrossFit workouts incorporate elements from high-intensity interval training, Olympic weightlifting, plyometrics, powerlifting, gymnastics, girevoy sport, calisthenics, strongman, and other exercises.

weightloss

 

eastbay
Selain pigi gym, saya juga try untuk makan makanan sihat. Sebab coach bilang sia2 senaman kalau tidak jaga diet😂😂. Bab diet ni saya memang fail la.. Susah betul mau kawal tu nafsu makan. Mungkin sebab itu kali saya lambat turun berat. Saya juga mengambil suplemen shaklee iaitu Vitalea dan ESP untuk membantu saya lebih bertenaga. Tidaklah saya lembik2 melampau kalau workout.

 

beet root juice
Lepas join crossfit dalam 3 bulan gitu, total berat turun ialah 8kg..

 

64kg yay!
64kg yay!

Time ni rupanya saya suda pregnant 1 bulan lebih😱😱..

My 1st run
My 1st run

Pregnant 2 bulan lebih sempat lagi ikut marathon.. Time ni masih juga belum tau saya pregnant..

Lepas BIM, barula tau saya suda pregnant masuk 3 bulan.. So saya terpaksala stop misi menguruskan badan dan bermulalah menternak lemak bersama baby no 3😂😂😂..

Sekarang? Hermmm kena tunggu 6 bulan lagi lah baru dapat resume workout since saya deliver secara ceaserian.. Nanti tidak pasal2 pula terbuka balik tu jahitan.😂😂

(Visited 127 times, 1 visits today)

5 thoughts on “Turun 8kg berat dengan crossfit training

    1. Hihi..siokk.. yang kelas crossfit tu mcm rm150 ka 1 bulan.. Ada 3 sesi setiap minggu..ada tu sa kasi link fb tu trainer yang bikin kelas crossfit..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge