Tips pemakanan bagi mengelakkan penyakit Alzheimer

Alzheimer merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk’ yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.
Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.

Sehingga kini, punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.

sumber: wikipedia

Tips pemakanan bagi mengelakkan penyakit Alzheimer

Berdasarkan kepada beberapa kajian, telah terbukti bahawa dengan pengambilan makanan tertentu boleh mengelakkan penyakit ini.

🐠 IKAN

  
Ikan seperti salmon, makerel, herring dan sardin adalah kaya dengan asid lemak omega-3 dan disarankan pengambilan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

TELUR 

  
Telur ayam merupakan salah satu sumber kolina (choline) iaitu komponen yang terdapat dalam lesitin. Kolina berfungsi untuk menguatkan ingatan. Selain itu, telur juga merupakan sumber zat besi, vitamin B12 dan vitamin B yang lain serta sumber protin yang baik. 

🌾GANDUM & BIJIRAN

  
Gandum dan bijiran yang kaya dengan lesitin dan kolina, karbohidrat, vitamin E, vitamin B dan sumber mineral membantu mencegah penyakit Alzheimer. 

SOYA

  
Produk soya kaya dengan sumber kolina serta merupakan sumber protin, karbohidrat, kalsium dan serat. Ia juga merupakan sumber asid folic yang baik dikenali sebagai folate.

Selain itu, makanan lain yang kaya dengan folate seperti sayuran hijau, jus oren, jagung, asparagus, kacang pis dan kekacang juga disarankan pengambilan yang banyak.

Bagi pesakit Alzheimer, antacid yang mengandungi aluminium hendaklah dielakkan bagi mengelakkan kondisi otak pesakit tersebut bertambah buruk.

Anda juga boleh mengamalkan suplemen dari Shaklee seperti:-

  • OmegaGuard – sumber minyak ikan omega-3 terbaik
  • Lecithin – mengandungi kolina yang membantu menguatkan ingatan
  • Energizing Soy Protein (ESP) – sumber protin terbaik dan memgandungi mineral lain
  • B-Complex – vitamin B lengkap 
set alzheimer shaklee

Hubungi saya

Facebook: Jessie Fufu

Whatsapp/sms/call: 0138568620

(Visited 103 times, 1 visits today)

2 Replies to “Tips pemakanan bagi mengelakkan penyakit Alzheimer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge