Tips menangani bayi bila bayi mogok susu ibu

Hari ni genap seminggu saya mula bekerja selepas cuti bersalin 2 bulan lebih. Saya noticed akhir-akhir ni baby gwyn saya macam kurang menyusu sama ada direct feeding mahupun bottle feeding. Berat badannya pun da makin susut.. Terasa ringan setiap kali saya angkat dia😔. Risau pula kalau dia kelaparan.. Adakah dia mogok susu ibu?

Apa itu mogok susu ibu?
Bayi yang tidak mahu menyusu badan dan bukan berada dalam proses bercerai susu, dikatakan sedang melalui “mogok susu ibu atau nursing strike”. Ini adalah caranya bayi kita memberitahu yang dia mempunyai masalah tertentu.  Kita perlu menyiasat untuk mengenal pasti apakah masalah ini.

Kenapa bayi boleh mogok susu ibu?

Terdapat beberapa sebab bayi kita mogok susu ibu dan yang paling biasa ialah:

  • Bayi tidak melekap dengan betul dan isi puting yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Dapatkan nasihat daripada pakar laktasi untuk masalah ini.
  • Bayi mengalami Sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).
  • Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan yang kita keluarkan apabila dia menggigit buah dada.
  • Bayi mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.
  • Selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu.
  • Terlalu kerap menambah susu formula, menyebabkan pengurangan bekalan susu badan.
  • Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.
  • terlalu kerap tidak mengindahkan bayi apabila dia menangis sebab mahu menyusu.
  • Rutin bayi telah terganggu sebab kita berpindah rumah atau kembali bekerja.
  • Bayi berpisah dari kita untuk jangkamasa panjang yang luar biasa.
  • Antara sebab lain termasuk kesensitifan terhadap makanan atau kesensitifan terhadap susu badan atau alahan, atau kesensitifan terhadap krim atau produk wangi yang disapukan pada buah dada atau sekitarnya, atau mungkin telah berlaku perubahan dalam rasa susu. Perubahan ini boleh disebabkan oleh ubat, atau makanan tertentu, atau kedatangan haid atau mungkin ibu telah hamil sekali lagi. 😱😱😱😱

Mogok menyusu memang menyulitkan lebih-lebih lagi bila seorang ibu itu amat berdedikasi dalam menyusukan. Ia merupakan perkara yang sukar untuk diterima apatah lagi jika bayi telah menyusu secara baik untuk beberapa bulan. Kebanyakan ibu merasakan tidak mungkin timbul sebarang kesukaran setelah begitu lama. Sepanjang masa ibu mencari sebab-sebab mogok susu ini berlaku, ibu juga mungkin merasakan (walaupun ini tidak rasional) bahawa bayinya tidak mahukan dia lagi. Kadang saya pun merasa seperti ini.

Walaupun perlakuan bayi menolak susu badan merupakan pengalaman yang merisau dan mengecewakan, namun, perkara ini boleh diatasi dengan kesabaran dan kasih sayang dari kita.
Jangan risau. Teruskan penyusuan dan rajin-rajin pam untuk mengelakkan bengkak susu dan mastitis serta mengekalkan bekalan susu ibu yang mencukupi.

Tips untuk menangani masalah mogok susu ibu ini: 

  • Cuba susukan semasa bayi kita sedang tidur atau semasa dia paling mengantuk (mamai2). Kebanyakan bayi yang menolak penyusuan badan apabila mereka berjaga akan mahu menyusu semasa mereka mengantuk.
  • Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui sama ada bayi mempunyai sebarang penyakit (seperti jangkitan telinga atau jangkitan kandida).
  • Cuba beberapa posisi penyusuan seperti menyusukan bayi sambil bergerak. Sesetengah bayi lebih suka menyusu apabila dibuai atau apabila dibawa berjalan berbanding disusukan semasa anda sedang duduk atau berdiri. Untuk kes baby saya, baby gwen suka pula kalau menyusu dengan posisi saya berdiri sambil menari2. Dia juga gemarkan lagu. So saya akan pasang lagu dari handphone semasa menidurkan dia.
  • Carilah bilik yang sunyi untuk menyusukan bayi. Selalunya, bayi yang berusia enam hingga sembilan bulan bertindak untuk mogok susu disebabkan dia amat terangsang untuk meneroka dunia yang baru dikenali. Bayi pada usia ini mudah mengalih perhatian kepada perkara lain. Gunakanlah bilik yang agak gelap, sunyi dan jauh daripada bunyi radio atau televisyen semasa menyusukan bayi.
  • Berikan sentuhan kulit dengan kulit yang kerap (cuba menyusu tanpa memakai baju atau semasa memandikan bayi). Kain atau alat pendukung bayi boleh membantu kita berkedudukan rapat dengan bayi semasa tidak menyusunya.
  • Memang normal bagi kebanyakan ibu menyangkakan bahawa bayi tidak mahu menyusu sebab dia mahu bercerai susu. Sebenarnya, tidak mungkin bayi yang berusia di bawah satu tahun yang terdahulunya menyusu dengan baik sudah mahu bercerai susu.
  • Jika bayi masih mogok untuk beberapa lama, mungkin ibu perlukan suplemen untuk ibu menyusu supaya pengaliran susu sentiasa banyak. Saya gunakan supplemen shaklee untuk membantu memperbanyakan susu.

Bayi yang mogok susu badan akan mengganggu ketenteraman ibu, dan juga bayi kita. Cuba pastikan segala rutin bayi kita kekal normal seperti biasa. Berikan dia perhatian lebih dan sentuhan fizikal. Jika merasa risau yang bayi tidak mendapat susu yang cukup, awasi kekerapan dia mengotori lampinnya. Sekiranya dia mengguna antara lima hingga enam lampin pakai buang sehari – atau enam hingga lapan lampin biasa – ini menunjukkan dia mendapat cecair yang secukupnya (lampin pakai buang senang menyerap, oleh itu kita mungkin tidak perasan setiap kali dia kencing). Jangan teragak-agak menghubungi doktor jika rasa risau.

Adalah penting bagi kita untuk terus mencuba menyusukan bayi kita. Dengan kesabaran dan ketabahan, saya percaya kita pastu dapat menjayakan penyusuan ekslusif sehingga bayi berusia 2 tahun😄.

(Visited 46 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge