Tips kawalan serangan penyakit Jantung


Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Penyakit jantung koronari di negara ini dianggarkan 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat serangan penyakit jantung ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser di kalangan wanita.

Dianggarkan seramai 23 juta penduduk mati akibat serangan penyakit jantung pada tahun 2030. Golongan kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada mendapat penyakit ini sejak masih dalam kandungan hingga lahir.

Jantung Sihat, hidup ceria

Jantung merupakan organ yang istimewa. Jantung sangat penting untuk kehidupan, jantung berfungsi untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan. Jantung yang sihat membolehkan kita hidup bergembira, aktif dan ceria.


Berikut merupakan beberapa faktor penyebab penyakit jantung :

1. Usia dan Jantina

Seorang Wanita di bawah usia 50 tahun memiliki risiko lebih rendah dibandingkan dengan Lelaki pada kelompok usia yang sama. Tetapi Setelah mengalami menopause, risiko seorang wanita bertambah kerana penurunan paras hormon estrogen yang bersifat melindungi. Jadi Salah satu penyebab penyakit jantung adalah Faktor usia dan jantina

2. Keturunan 

Beberapa Kajian menunjukkan bahwa jika terdapat gangguan jantung dalam keluarga sama ada dari keluarga wanita atau keluarga lelaki, keturunan mereka lebih cenderung mengembangkan masalah yang sama iaitu penyakit jantung.

3. Perokok Aktif atau Perokok pasif

Kebanyakan perokok mengidap Penyakit jantung.kira-kira 20% dari semua kematian kerana penyakit jantung ialah perokok dan hampir 50% dari serangan jantung pada wanita berusia di bawah 55 tahun. Perokok pasif iaitu mereka yang menghidu asap rokok juga berisiko  mengalami masalah pada jantung. Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang tidak merokok yang tinggal dengan para perokok adalah berisiko lebih tinggi untuk mengidap penyakit  jantung berbanding dengan perokok itu sendiri.

4. Penyakit Diabetes (kencing manis)

Para penghidap penyakit diabetis juga mendapat penyakit jantung akibat daripada komplikasi. Para penghidap diabetes harus menjaga kesihatan kerana penyakit kencing manis juga boleh jadi salah satu penyebab penyakit jantung.

5. Tekanan darah tinggi (hipertensi)

Tekanan darah tinggi juga merupakan salah satu penyebab sakit jantung. Tekanan darah tinggi (hipertensi) dapat melukai dinding arteri dan memungkinkan kolesterol LDL memasuki saluran arteri dan akan meningkatkan penimbunan plak. Oleh itu,  Hipertensi juga menjadi salah satu penyebab serangan penyakit jantung.

6. Kegemukan atau Obesiti

Obesiti atau berat badan berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah tinggi dan ketidaknormalan jumlah lemak. Lemak yang berlebihan akan menutup organ2 dalaman seperti jantung dan menyebabkan organ tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

7. Gaya hidup tidak aktif

Mereka yang kurang aktif memiliki risiko serangan jantung yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Hanya dengan berjalan-jalan santai selama 20 hingga 30 minit sebanyak tiga atau empat kali seminggu dapat menurunkan risiko serangan penyakit jantung. Bersenam dapat meningkatkan kemampuan jantung untuk mengepam darah dan dapat menurunkan kadar kolesterol serta menurunkan tekanan darah.

8. Stres berlebihan

Berdasarkan kajian, stress juga dapat menyebabkan penyempitan arteri dan ini akan menyebabkan penurunan aliran darah. Kajian lain menyatakan bahawa stress berlebihan boleh menyebabkan dinding arteri pecah yang akan menyebabkan serangan jantung.

Tanda-tanda awal serangan penyakit jantung

Penyakit jantung ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian mengejut. Antara sindrom penyakit jantung adalah angina pektoris dan infarksi miokardia.   

Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang itu mendapat penyakit jantung. Tanda-tanda awal angina pektoris adalah rasa sakit di dada sebelah kiri yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen. Kadangkala pesakit mengadu sakit di bahagian perut (epigastrik). Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila pesakit melakukan aktiviti berat atau ketika pesakit mengalami tekanan (stres) kerana pada keadaan tersebut jantung memerlukan oksigen yang tinggi. Bagaimanapun, kesakitan ini akan hilang di dalam masa kurang dari setengah jam apabila pesakit memberhentikan aktiviti berat dan berehat. Infarksi miokardia adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan darah yang teruk ke bahagian tersebut.

Antara tanda-tanda infarksi miokardia adalah seperti berikut :-

Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan ke dada dan kadangkala seolah dada berasa ketat.

  • Sukar bernafas
  • Pening kepala
  • Muntah.

Tips Kawalan serangan penyakit jantung

1. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali

2. Makan secara teratur dan seimbang

3. Kekalkan berat badan unggul

4. Tidak merokok

5. Menangani tekanan perasaan

6. Mengawal tekanan darah

7. Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah

8. Mengawasi paras kolesterol

9. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

10. Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa.

11. Mengambil nutrisi yang mencukupi untuk kesihatan jantung. Shaklee mempunyai rangkaian set kesihatan jantung seperti gambar berikut.


12. Diet yang seimbang

Ikhtiar sembuhkan penyakit jantung dengan vivix

Vivix Shaklee bantu mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan menyokong kesihatan menyeluruh.

Vivix merupakan produk suplemen revolusionari daripada Shaklee yang menentang penuaan pada tahap sellular. Ia merupakan produk anti penuaan yang terbaik, semulajadi dan selamat. Didalam kajian makmal, VIVIX memberi impak kepada empat mekanisma utama penuaan, iaitu:

  • Kerosakan DNA – Badan kita terdedah kepada pelbagai serangan yang merosakkan DNA dan mengganggu fungsi sel. Ramuan Vivix didapati mampu melindungi dan memperbaiki sel pada tahap sellular
  • Pengawalan genetik – Ramuan Vivix didapati mampu membantu melambatkan proses penuaan pada tahap selular dengan mengurangkan deteriorasi pada tahap sel.
  • Pengeluaran tenaga – Vivix mengandungi bahan ang menggalakkan biogenesis mitokondria, seterusnya meningkatkan tahap tenaga didalam sel
  • Penimbunan protein AGE – Vivix merupakan sejenis anti-oksidan yang kuat dan mampu menghalang penimbunan AGE
  • Selain itu ia juga membantu menjaga kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenagan pada tahap selullar, kesihatan dan kesejahteraan.


Testimoni pesakit jantung yang berikhtiar dengan vivix shaklee


Sekiranya anda tercari-cari suplemen untuk kesihatan jantung, hubungi saya untuk maklumat lanjut dan tempahan


Saya pengedar shaklee sabah yang aktif di kawasan kawasan kota kinabalu, karamunsing, imago, suria sabah, centre point, kolombong, inanam dan kota belud.

(Visited 136 times, 1 visits today)

One thought on “Tips kawalan serangan penyakit Jantung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge