Tips elakkan serangan Asma

Salam semua..hari ni saya mau share tentang penyakit asma, apa pencetus gejala serta bagaimana kita boleh merawat penyakit asma ini agar tidak berterusan especially bagi kanak-kanak yang masih kecil.

Penyakit asma atau lelah adalah keadaan di mana pesakit mengalami kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara akan menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Antara simptom serangan asma adalah seperti mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, batuk berterusan terutamanya ketika malam, sakit dada dan sukar untuk bersenam.

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Keadaan ini akan menyebabkan paru-paru akan kekurangan udara dan boleh mengakibatkan pesakit pengsan.

” Tiada lagi serangan asma dan rawatan nebulizer”   -BabyTodd Centre

Asma di kalangan kanak-kanak

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus dan biasanya penyakit ini tidak boleh diubati. Walaubagaimanapun, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat disebabkan oleh peningkatan sistem imun dalam badan.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Pencetus gejala asma

  • Kebanyakan pesakit asma mempunyai alahan, yang boleh mencetuskan gejala asma. Alergen tersebut termasuklah  hama debu rumah (dust mite) , bulu binatang, kulat, debunga dan najis lipas.
  • Asap tembakau juga adalah perengsa yang sering menjadi pencetus serangan asma. Asma anda juga boleh terganggu oleh pencemaran udara, bau yang kuat atau asap.
  • Kebanyakan pesakit asma juga akan mengalami gejala asma ketika bersenam yang dikenali sebagai exercise-induced bronchoconstriction (EIB).
  • Sesetengah ubat-ubatan juga boleh menyebabkan atau memburukkan lagi gejala asma. Ini termasuklah aspirin atau ubat non-steroid anti-radang yang lain seperti ibuprofen, dan beta-blockers, yang digunakan untuk merawat penyakit jantung, tekanan darah tinggi, sakit kepala migrain atau glaukoma.
  • kebimbangan emosi dan tekanan juga boleh meningkatkan gejala asma dan mencetuskan serangan. Rehat yang mencukupi, diet dan senaman adalah penting untuk kesihatan  secara menyeluruh dan boleh membantu dalam menguruskan asma.
  • Viral dan jangkitan bakteria seperti resdung, selsema, terdedah kepada udara yang sejuk dan kering serta perubahan cuaca.
  • Asid refluks

” Drink one or two cups of coffee to abort a mild asthma attack”

Kopi dan teh merupakan sumber theophylline iaitu bahan yang digunakan sebagai penenang otot bronkial bagi merawat pesakit asma yang tidak sensitif terhadap salicylates. Walaubagaimana pun, disarankan agar pesakit hanya mengambil kuantiti yang sederhana sahaja bagi mengelakkan terlebih dos.

Makanan yang membantu mengelakkan serangan asma

Antara makanan yang boleh membantu mengurangkan komplikasi asma adalah seperti berikut:-

  • Omega-3: sumber omega-3 biasanya terdapat pada ikan salmon, makerel, sardine, dan jenis ikan air tawar yang lain berfungsi sebagai anti-keradangan dan boleh mengurangkan keradangan pada bronkial.
  • Vitamin C: pengambilan sekurang-kurangnya 5-10 sajian buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin C bagi meningkatkan sistem imun badan dan menentang iritasi akibat pernafasan.

Elakkan makanan berikut:-

  • makanan yang mengandungi perisa tiruan
  • Salycilates yang terkandung pada aspirin, cuka buatan dan salad dressings
  • makanan yang mengandungi sulfites dan tartrazine atau pewarna tiruan kuning (yellow food dye 5)

Cadangan makanan tambahan untuk membantu merawat asma

Penyakit asma terutamanya di kalangan kanak-kanak perlulah diberi perhatian yang serius bagi mengelakkan daripada terus berlarutan sehingga dewasa. Antara cadangan suplemen bagi pesakit asma adalah seperti berikut:

Bagi Kanak-kanak:-

Omega Guard – bertindak sebagai anti-radang bagi mengurangkan keradangan dan kahak

Vitamin C Chewable – bertindak untuk meningkatkan sistem imun badan melawan penyakit

Mealshake – membekalkan nutrien yang mencukupi kepada sel-sel badan dan menggalakkan pertumbuhan yang sihat.

Bagi orang dewasa, saranan vitamin adalah Omega guard, Vita-C Plus, Nutriferon (meningkatkan sistem imun), Ostematrix (menyekat serangan dengan menghalang kontraksi otot bronkial), Vita-E Complex (menguatkan dinding salur darah) dan vivix (mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular)

Testimoni Set Asma Shaklee

Di sini ada beberapa testimoni yang mengamalkan makanan tambahan daripada Shaklee yang berjaya bebas daripada asma dan juga yang berjaya mengurusnya pencetus asma.

 

Jangan lupa share jika kamu rasa post ni bermanfaat.

(Visited 186 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge