Resepi Puding Roti Sedap paling senang

Salam Hari minggu semua..

Kemarin lepas share resepi ais krim homemade matcha green tea yang sedap tu ada member request resepi puding roti yang pernah saya share dalam instagram saya dulu..

Baiklah.. atas permintaan c Wana.. saya share resepi puding roti dengan sos kastad yang paling senang tapi sedap.


Bahan-bahan untuk puding roti:

  • Roti (kalau mau puding roti yang lembut dan gebu, pilih roti yang potongan dia tebal2 macam roti yang kena jual di fook yuen. Boleh juga pakai roti gardenia tapi hasil dia x berapa gebu)
  • Fresh milk
  • 4 tablespoons Gula* – kalau mau kurang manis buli kasi kurang
  • 2 biji Telur gred A*
  • 2 tablespoons butter*
  • 1 teaspoon corn flour *
  • 1 teaspoon Esen vanilla*
  • Kismis (optional) – saya guna banana ja

Bahan-bahan sos kastad:

  • 1 cup fresh milk (240ml)
  • Tepung kastad
  • 2 tablespoons gula

Cara-cara:

  1. Potong roti besar2 ikut suka hati kamu..
  2. Celupkan roti dengan fresh milk selama beberapa saat. Cukup sampai dia lembap saja.. kalau telampau lama nanti puding roti jadi lembik.
  3. Blend bahan2 yang bertanda * di atas.
  4. Panaskan oven pada suhu 175C. Kemudian Susun roti rapat2 dalam bekas acuan.
  5. Masukkan pula bahan yang diblender tadi dan tabur kismis. Ulangi sampai jadi beberapa layer.
  6. Masukkan ke dalam oven dan tunggu sehingga 45 minit atau sehingga masak. Cek selalu takut2 hangus pula kan..kalau suka crispy2 macam saya, biarkan pemanas sebelah atas saja untuk beberapa minit sebelum angkat..

Cara masak sos kastad sedap:

  1. Masukkan susu dulu lepas tu tepung dan akhir sekali baru gula. 
  2. Gaul dengan api yang sangat kecil dan gaul tanpa henti sehingga bahan-bahan jadi sebati atau kelihatan sedikit pekat.
  3. Tutup api, angkat dan letak di tempat sejuk. Takut pula pandai berkerak dibawah kalau kana kasi biar.

Peringatan: Tak perlu tunggu sampai mendidih.. cukup kasi panas sampai dia pekat2 saja..

Lepas tu hidangkan bersama dengan puding roti tu tadi.. Kasi simbah seja di atas tu puding roti.. Yummmeeeeyyyyy
Simple saja kan.. sanang saja bikin ni.. amat sedap sekali makan sambil minum2 kupi.. lebih2 lagi time cuaca mendung2 ni..

Thanks for reading..Jangan lupa share k..


(Visited 1,316 times, 3 visits today)

One Reply to “Resepi Puding Roti Sedap paling senang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge