Resepi Mee Sup KB versi felicitousmom

Hi all.. Apa menu sungkai kamu niari? Hihihi.. Walaupun sa x puasa, tapi gigih juga kunun sa mau masak dinner untuk keluarga kicik kami.. Ni kali sa masak mee sup pula sebab laki sa bilang dia paling suka masakan sa yang mee sup kb..😂😂 lagipun tu anak2 sa yang besar tu suka makan sup..

Lama suda ba kunun mau share resepi mee sup kb yang sangat pemes bagi non-muslim di kb.. Cakap saja p makan di kadai.. Mesti p cari mee sup kb.. Laki sa yang urang ranau pun trus terminat sampai hampir tiap2 minggu balik kb mau p makan mee sup saja..

Ni mee sup kb versi sa punya resepi ni sangat simple dan paling sinang mau bikin.. Kawan2 yang muslim pun buli try bikin sbb bahan2 dia pun yang halal seja..

Bahan-bahan yang perlu
Bahan-bahan yang perlu

Bahan-bahan:

  1. Ayam (sa guna 2 paha & 2 kepak)
  2. Mee telur (egg noodle)
  3. kiub pati ayam (2 kiub)
  4. Bawang putih (2 biji yang bulat)
  5. Daun Sup
  6. Bawang goreng
  7. serbuk lada putih
  8. Air (sa guna 2.5L untuk kami 4 org makan)
  9. Garam secukup rasa

Cara-cara masak:

  1. Potong ayam besar2..then kasi bersih.. Jangan potong kecil2 dulu..Ayam yang dipotong besar2
  2. Kasi panas air dalam periuk.. Kira2 2 liter, masukkan 2 biji bawang putih dan kiub pati ayam ke dalam periuk yang berisi air. Tunggu sampai air rebusan tu panas sampai bergelora😂macam tu dalam gambar .2 biji bawang putihAir yang sedang bergelora
  3. Lepas tu masukkan ayam ke dalam periuk. Letak garam secukup rasa.. then tunggu sampai masak..sampai keluar tu minyak2 dia..agak2 dalam 30 minit la..
  4. Angkat ayam then kasi masuk dalam air sejuk supaya dapat isi yang juicy dan cantik macam tu nasi ayam..pastu toskan dulu baru potong2 ikut saiz kesukaan..Ayam yang telah siap dipotong-potong
  5. Sup Ayam yang dalam periuk tu kasi tabur daun sup sama bawang goreng sama letak sedikit serbuk lada putih..
  6. Tu mee telur pula..kasi celur dalam air panas yang bergelora dalam 30 saat hingga 1 minit gitu..jangan telampau lama nanti kambang betul x sedap pula nanti..pastu cuci pakai air sejuk and toskan.. bila mau makan..kasi rendam skijap lagi dalam tu air panas dalam beberapa saat..then buli la kasi kasi hidang dengan tu sup ayam tadi..
  7. tadaaaa… siap..mee sup kb yang paling simple dan sedap..Mee Sup KB versi felicitousmom

Kalau p makan di kedai mee sup kb, paling wajib la tu lada dengan bawang goreng..letak kicap manis sama limau atau cuka sikit..perrggghhhh bikin keluar hingus sama peluh.. tambah lagi kasi palan kipas d rumah kamu..trus terasa betul feel makan macam di kedai mee sup kb..

Lada dengan bawang goreng yang meletoppp

Selamat mencuba..jangan lupa kasi feedback kalau kamu ada try ni resepi sa k.. jangan lupa share spy ramai org pandai bikin sendiri di rumah len kali..

Thank you for reading..

 

 

 

(Visited 4,404 times, 9 visits today)

One Reply to “Resepi Mee Sup KB versi felicitousmom”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge