Resepi ikan tenggiri masak lemak cili api

Dinner ni malam sa masak ikan tenggiri masak lemak cili api.. Kemarin lagi mau masak tapi macam malas pula.. So niari la sa terpaksa masak since semua bahan2 ada.. Plus hujan2 sejuk2 di kk sekarang ni memang ngam makan yang pedas2.. 

Resepi ikan tenggiri lemak cili api yang sa masak ni yang paling simple.. Xda la blend2 segala sebab malas mau kasi bersih blender.. Hehehe


Bahan- bahan

  • Ikan tenggiri 2 potong (sebab kami laki bini seja yg makan. Anak2 x tahan pedas)
  • Cili padi 5 biji.. Kalau mau lagi pedas boleh tambah
  • Serai 2 batang diketuk*
  • Halia 1 inci dihiris nipis2*
  • Kunci hidup 2 inci diketuk* ( kalau xda kunyit hidup, pakai seja tu serbuk kunyit) tapi x wangi la..
  • 1 biji bawang merah* 
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 ulas garlic*
  • 2 asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Air secukupnya

Cara memasak

Tumis semua bahan yang bertanda *. Kemudian masukkan ikan tenggiri dan santan. Masukkan asam keping dan cili padi.. Tambah air secukupnya.. Maksudnya ikut suka hati kamu mau banyak kuah or tidak.. Letak garam secukupnya dan tunggu hingga masak.. 

Siap.. Paling sedap makan sama nasi panas2.. Yummmmeeeyyyyyy

Selamat mencuba! Sila share resepi sedap yang simple ini.. Tq for reading☺️

(Visited 1,259 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge