Rawatan Pneumonia dan cara pencegahan

Entri ini adalah kesinambungan daripada entri saya  mengenai bahaya penyakit pneumonia terutamanya pada kanak-kanak. Sila rujuk entri saya Pneumonia pembunuh senyap kanak-kanak. Kita recap balik mengenai apa itu pneumonia. Penyakit Pneumonia adalah jangkitan paru-paru yang serius yang memberi kesan kepada rakyat semua peringkat umur, tetapi amat berbahaya untuk orang dewasa terutamanya pada warga tua dan kanak-kanak. Rawatan pneumonia yang betul perlu diberikan bagi mengelakkan kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa lebih daripada 160 juta kanak-kanak di seluruh dunia menghidap pneumonia setiap tahun, 20 juta daripada mereka dimasukkan ke hospital dan 2 juta daripada mereka mengalami kematian.

Rawatan Pneumonia

Pilihan rawatan adalah bergantung kepada jenis pneumonia yang disebabkan oleh virus atau bakteria.
Bagi kes pneumonia yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, cara rawatan adalah dengan antibiotik.

Pneumonia yang disebabkan oleh jangkitan virus pula dirawat dengan ubat-ubatan anti-virus, jika ia dikesan dengan awal, dan antibiotik yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada jangkitan sekunder atau komplikasi.

Biasanya, doktor akan memeriksa pesakit selepas aduan gejala tertentu. Ini mungkin melibatkan dada X-ray dan ujian darah, tetapi ujian lain juga akan dijalankan jika gejala tidak baik atau jika doktor cuba untuk membezakan antara masalah kesihatan yang lain. Ramai pesakit merasa  lebih baik tidak lama selepas mengambil ubat-ubatan yang ditetapkan. Rawatan tambahan mungkin diperlukan jika pesakit tidak bertambah baik selepas 2 hingga 3 hari rawatan. Pesakit mungkin terpaksa dimasukkan ke wad jika gejala makin teruk atau pesakit mempunyai penyakit serius yang lain.

Rawatan pneumonia di rumah

Mereka yang mempunyai radang paru-paru perlu banyak berehat dan minum banyak cecair bagi membantu badan berfungsi dengan baik untuk melawan jangkitan.

Jika anak anda mempunyai pneumonia yang disebabkan oleh bakteria dan doktor telah menetapkan antibiotik sebagai rawatan, berikan ubat tersebut mengikut jadual selama yang diarahkan. Ini akan membantu anak anda pulih lebih cepat dan membantu mencegah jangkitan daripada merebak kepada ahli-ahli rumah yang lain. Bagi anak-anak yang mengalami kesukaran bernafas disebabkan oleh batuk kahak yang teruk, doktor mungkin mengesyorkan menggunakan nebulizer atau inhaler.

Tanya doktor sebelum anda menggunakan sebarang ubat untuk merawat batuk anak anda kerana suppressants pada ubat batuk bagi tujuan memecahkan kahak pada paru-paru mungkin tidak membantu dalam beberapa jenis radang paru-paru. Ubat-ubatan yang didapati di kaunter penjualan ubat di luar adalah tidak digalakkan untuk mana-mana kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.

Ambil suhu anak anda sekurang-kurangnya sekali setiap pagi dan setiap malam, dan jika ia melebihi 102 ° F (38.9 ° C) kanak-kanak, atau di atas 100.4 ° F (38 ° C) pada bayi di bawah 6 bulan, segeralah bawa ke hospital.

Periksa bibir dan kuku anak anda selalu untuk memastikan ianya kelihatan cerah dan merah jambu. Hubungi doktor anda jika ianya kelihatan biru atau kelabu, yang merupakan tanda bahawa paru-paru tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Cara pencegahan awal

“Prevention is better than cure”

Mengamalkan  kebersihan  dan tabiat kesihatan yang baik boleh membantu mencegah pneumonia. Tangan hendaklah dibersihkan dengan kerap, batuk atau bersin dengan cara mulut ke arah siku atau lengan bukannya tangan, elakkan interaksi dengan orang-orang yang sakit, mengamalkan pemakanan yang sihat, dan mendapat rehat yang secukupnya adalah semua perkara yang anda dan anak-anak anda boleh lakukan untuk mengelakkan jangkitan bakteria dan virus yang boleh menyebabkan pneumonia. Elakkan asap rokok dan bahan cemar lain juga membantu mencegah pneumonia.

Tingkatkan akses kepada imunisasi kanak-kanak, kurangkan pencemaran udara dalaman dan luaran, dan mengetahui tentang tanda-tanda amaran untuk mengenal pasti jangkitan, khususnya batuk, pernafasan cepat, dan / atau sukar bernafas akan membantu mencegah jangkitan. Pengambilan vaksin seperti berikut boleh membantu dalam pencegahan pneumonia.

  • Pneumococcal conjugate (PCV)
  • Haemophilus influenzae type b (Hib)
  • Pertussis (whooping cough)
  • Varicella (chickenpox)
  • Measles
  • influenza (flu) vaccines

Bagi ibu yang ada bayi kecil, penyususan ibu secara eksklusif dalam tempoh enam bulan pertama adalah penting dalam mencegah pneumonia. Ini kerana, susu ibu mengandungi bekalan berkhasiat nutrien, antioksidan, hormon dan antibodi kanak-kanak diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran mereka. Pastikan ibu yang menyusukan mengambil makanan yang berkhasiat dan disarankan untuk mengambil makanan tambahan agar susu ibu mempunyai khasiat yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Baca entri Vitamin untuk banyakkan susu ibu untuk mengetahui apa makanan tambahan untuk milkbooster.

Untuk bacaan selanjutnya mengenai kesihatan kanak-kanak, anda boleh mengunjungi entri saya yang lain di dalam Tips Tingkatkan Sistem Imun Kanak-kanak, Vitamin untuk anak sihat dan cerdas dan Cara pantas menghilangkan batuk dan selesema bayi.

(Visited 4,895 times, 1 visits today)

One thought on “Rawatan Pneumonia dan cara pencegahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge