Rahsia mudah hamil

Ramai pasangan yang sudah bertahun-tahun berkahwin namun masih belum dikurniakan anak. Pelbagai cara untuk mudah hamil telah dicuba tetapi masih juga gagal untuk hamil. Padahal orang lain cepat saja hamil. Malah ada ramai yang mengelak untuk hamil tapi akhirnya mengandung luar nikah.

Wang ringgit suda banyak habis untuk berubat tapi tidak juga pandai mengandung..Setiap kali balik kampung mesti kena tanya “belum ada isi lagi?” Paling stress bila asyik perut seja membesar tapi rupanya mengandung lemak..

Ada beberapa petua mudah hamil yang ingin saya kongsi hasil daripada pengalaman sendiri dan juga kajian daripada orang lain.

Petua Mudah Hamil

1. Berdoalah kepada Tuhan

Sebelum anda merancang kehamilan anda, berdoalah terlebih dahulu kepada Tuhan agar niat untuk mudah hamil akan berhasil. Selain itu, berdoa adalah senjata yang paling kuat agar dapat memberikan kekuatan kepada anda untuk terus berusaha, serta membuat sesuatu perkara menjadi ajaib.

2. Kenali Bila Masa Subur Anda

Dalam satu kitaran haid, terdapat 5-7 hari masa subur. Masa ini adalah masa di mana terjadi pengeluaran sel telur dari ovari. Jika anda adalah wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur, iaitu kitaran haid selama 28-32 hari,ini bermakna anda memiliki masa paling subur pada hari ke-14 atau 15. Akan tetapi jika anda adalah wanita dengan kitaran haid yang tidak teratur, anda boleh mengira  bila masa subur anda dengan kit ovulasi atau jika anda mengetahui hari terakhir haid anda dan berapa lama biasanya kitaran haid anda, maka anda dapat menggunakan kalkulator ovulasi.

3. Bersama Pada Masa Subur

Berhubungan intim pada masa masa subur dapat menjadi salah satu cara mudah hamil. Masa subur adalah masa enam hari yang berakhir pada hari ovulasi. Kehamilan mungkin berlaku jika berhubungan intim dalam tiga hari sebelum ovulasi. Jangan tunggu sehingga waktu subur baru ingin bersama-sama.

4. Posisi Seks yang Tepat

Posisi sex juga mempengaruhi cepat atau tidaknya seseorang hamil. Setidaknya terdapat 3 posisi yang dapat meningkatkan kebarangkalian anda untuk mudah hamil.

  • Posisi missionaris atau posisi konvensional-Posisi ini seringkali disebut posisi Man on Top atau lelaki di atas wanita. Dengan Posisi ini juga memudahkan sperma berenang dengan mudah menuju rahim.
  • Posisi spooning-Posisi ini memungkinkan terjadinya penetrasi yang sangat dalam, dan ketika ejakulasi terjadi sperma dapat berenang dengan cepat untuk mencapai rahim wanita.
  • Posisi d*ggy style-Pada posisi ini Sperma yang keluar mengarah terus ke mulut rahim sehingga mudah mencapai sel telur.

5. Hentikan tabiat merokok dan meminum alkohol

Kita semua tahu akan bahaya merokok ketika anda hamil. Merokok akan mengganggu janin anda, menyebabkan keguguran atau bayi lahir pramatang, dan meningkatkan risiko asma pada bayi. Jika anda sedang merancang untuk hamil, maka anda harus benar-benar menjauhi rokok. Merokok sangat mempengaruhi fertility atau kesuburan. Beberapa kes merokok terbukti dapat mengganggu kebarangkalian untuk hamil hingga satu tahun. Perokok pasif juga dapat menyebabkan potensi untuk hamil semakin berkurang.Merokok dapat menurunkan kadar hormon pada wanita dimana hormon tersebut diperlukan oleh sel ovum semasa dikeluarkan dan memberikan nutrisi pada sel ovum sebelum disenyawakan di dalam rahim.

Kajian mengatakan bahawa lelaki yang merokok memiliki kecenderungan untuk memiliki jumlah sperma yang rendah. Sperma yang diproduksi juga sebahagian besar memjadi abnormal. Jumlah sperma dikatakan menurun dalam lingkungan 17%. Anda juga disarankan untuk menghentikan meminum alkohol. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa meminum alkohol dapat menyebabkan kesukaran untuk hamil. Satu kajian menyarankan bahawa minum satu sampai lima gelas alkohol seminggu dapat mengurangi kebarangkalian untuk hamil. Meminum terlalu banyak alkohol dapat mempengaruhi kuantiti dan kualiti sperma. Lelaki disarankan untuk tetap menghindari alkohol jika pasangannya sedang merancang untuk hamil.

Minum kopi terlalu banyak juga dapat mengganggu kesuburan wanita. Kajian mengatakan bahawa minum kopi lebih dari 5 cawan dalam sehari (atau sekurang-kurangnya 500 mg kafein) akan menyebabkan mengganggu kesuburan. Akan tetapi anda tidak perlu risau jika anda hanya meminum satu cawan kopi dalam sehari.


6. Atur Pola Pemakanan

Manfaat diet makanan sihat tidak boleh diremehkan sebagai cara untuk mudah hamil. Anda sebaiknya mengambil makanan seimbang yang mengandung semua jenis makanan dari seluruh kelompok makanan. Jika anda sedang merancang untuk hamil, maka anda disarankan untuk mengambil sumber karbohidrat kompleks seperti roti, gandum, oatmeal, ubi, jagung, kentang, beras merah, beberapa jenis sayur dan buah sebagai sumber tenaga. banyakkan pengambilan protein daripada tumbuhan berbanding sumber protein dari haiwan. Kekacang terutamanya kacang hijau mengandung vitamin E yang dapat membantu anda meningkatkan kesuburan. Sayur taugeh juga mengandung vitamin B6 yang merupakan salah satu sumber nutrisi yang mengawal hormon reproduksi. Anda disarankan menghindari karbohidrat yang diubahsuai kerana dapat menurunkan penyerapan nutrisi oleh tubuh. Karbohidrat jenis ini membebaskan glukosa terlalu cepat ke dalam aliran darah sehingga menyebabkan pankreas bekerja keras melepaskan hormon insulin. Pada wanita, perkara ini akan menyebabkan peningkatan hormon testosteron dan ketidakseimbangan hormon yang dapat mempengaruhi ovulasi. Lemak trans yang juga dikenal sebagai lemak terhidrogenasi yang biasanya dijumpai pada makanan yang digoreng, Minyak yang diubahsuai dan beberapa margarin. Lemak ini dapat mencegah tubuh untuk memanfaatkan minyak esensial dan menyebabkan masalah kesuburan. Hindarilah makanan mentah dalam diet anda. Makanan mentah misalnya sayuran dan ikan mentah berpotensi membawa parasit yang bisa penyebab Toxoplasmosis. Wanita yang positif menderita toxoplasmosis sangat mudah mengalami keguguran dan kesukaran untuk hamil.

7. Dapatkan Berat Badan Ideal

Jika berat badan anda berada pada keadaan normal, anda memiliki peluang lebih besar untuk mudah hamil. Anda perlu pastikan BMI anda antara 20 hingga 24 untuk memberikan lebih peluang untuk hamil.

Formula mengira BMI. 

Berat badan / Tinggi (M) x Tinggi (M)

Contoh berat anda 60 Kg dan tinggi 1.55 M

60 Kg / 2.40 (*2.40 dapat hasil darap 1.55 x 1.55)

BMI = 25 (kg/m²)

< 18.5 = Kurang berat badan
18.5 – 24.9 = Berat badan unggul
25 – 30 = Gemuk
30 atau lebih = Obesiti

Kajian yang dilakukan pada tahun 2008 di Belanda menemukan bahwa setiap kenaikan BMI di atas 29 menurukan angka kemungkinan untuk hamil sekitar 4 %. Para penyelidik juga mengkaji BMI bagi sejumlah 2112 wanita hamil. Dalam penelitian tersebut, didapatkan wanita yang memiliki BMI sebelum hamil 25-39 (dianggap berat badan berlebihan atau obes) memiliki waktu dua kali lebih lama untuk hamil. BMI kurang dari 19 (BMI yang normal adalah 18,5-24,9),  memiliki risiko lewat hamil 4 kali lebih lama dibandigkan dengan wanita normal.

Marilyn Glenville penulis Getting Pregnant Faster mengatakan, jika lelaki mahupun wanita memiliki berat badan berlebihan, maka akan lebih sukar bagi mereka untuk merancang untuk hamil. Zita West, seorang bidan yang menjalankan klinik kesuburan mengatakan, jika anda memiliki berat badan berlebihan atau kurang, maka ia akan mempengaruhi hormon dan ovulasi anda. Angela Probert, Penulis The Well-Informed Parent echoes mengatakan bahwa, memiliki berat badan dibawah atau di atas normal dapat mempengaruhi kesuburan dengan menganggu keseimbangan hormon yang bertanggungjawab mengatur kitaran haid. Berat badan juga merupakan faktor yang mempengaruhi kesihatan sperma. Lelaki dengan berat badan di bawah normal atau di atas normal memiliki kualiti sperma yang lebih rendah.

8. Bersenam

Bersenam adalah salah satu cara untuk memulihkan stress jika dilakukan dengan wajar dan tidak berlebihan. Satu kajian telah menyarankan bahawa wanita yang melakukan latihan fizikal secara intensif dan sangat sering memiliki tahap kesubuaran yang lebih rendah. Penelitian ini tidak membuktikan bahwa latihan fizikal tersebut yang menyebabkan penurunan tahap kesuburan, akan tetapi mungkin terdapat alasan lain misalnya berat badan wanita tersebut. Sebagaimana berat badan berlebih dapat mempengaruhi kesuburan, maka bersenam yang dikombinasikan dengan makanan sihat adalah pilihan terbaik.

9. Tingkatkan Kesuburan dengan Suplemen Kesuburan

Diet yang sihat harus memberikan anda semua jenis vitamin dan mineral yang anda perlukan. Akan tetapi jika anda tidak mendapatkan makanan bergizi untuk diet prenatal anda, maka suplemen dapat membantu. Bagi  wanita yang merancang untuk memiliki anak, anda disarankan untuk mengambil asid folic untuk mengurangi risiko bayi lahir dengan neural tube defect seperti spinal bifida. Anda harus mengambil suplemen setiap hari jika anda sedang merancang untuk hamil dan sehingga usia kandungan mencapai 12 minggu iaitu ketika  tulang belakang janin telah terbentuk dengan sempurna. Sebelum kehamilan, beberapa doktor akan menyarankan vitamin D yang dapat merangsang kesuburan anda. Kekurangan vitamin D telah dihubungkaitkan dengan jumlah sperma yang rendah. Zinc, selenium, vitamin C and E dapat memberikan kesan kepada kesuburan lelaki. Selain itu, stress oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas dapat merosakkan terhadapat sel-sel tubuh seperti sel-sel sperma dan ovum serta dapat menurunkan kesuburan wanita serta kesihatan kandungan anda. Adalah disyorkan untuk mengambil suplemen seperti vivix, vitamin C dan Vitamin E yang kaya dengan sumber antioksidan yang tinggi untuk menyingkirkan radikal bebas tersebut dan mengurangi efek destruktifnya.

10. Jangan Menunda Kehamilan

Jika anda telah menikah dan telah bersedia untuk menjadi ibu bapa maka anda disarankan untuk tidak menunda kehamilan baik dengan menggunakan cara kontrasepsi maupun dengan menunda untuk berhubungan intim. Cara kontrasepsi  yang mengandungi hormon dapat mengganggu keseimbangan hormon progesteron dan estrogen dalam tubuh anda, sehingga kesuburan anda akan terganggu. Kajian mengatakan bahawa menunda untuk berhubungan intim, atau lebih dikenali sebagai “menabung” sperma, tidak akan meningkatkan potensi anda untuk hamil. Tambahan pula, selepas seminggu, jumlah sperma akan meningkat, akan tetapi motilitinya akan berkurang. Tidak berhubungan intim lebih dari 5 hari memang dapat meningkatkan jumlah sperma secara perlahan. Akan tetapi berhubungan badan tiap dua hari juga sekali tidak akan mengurangi jumlah sperma. Jadi, kerapkan bersama sekiranya anda ingin merancang untuk hamil.

11. Hindari stress

Stress dan kurang tidur merupakan faktor penting kegagalan hamil. Stress dan kurang tidur akan menghantar signal ke tubuh anda bahawa ketika ini bukan waktu yang tepat untuk mengandung. Satu kajian yang diterbitkan dalam Fertility and Sterility pada tahun 2011 mendapati bahawa wanita yang sering mengalami stress cenderung mengalami kesukaran untuk hamil berbanding wanita yang kurang mengalami stress.

12. Periksa keadaan kesihatan

Pemeriksaan untuk meningkatkan tahap kesuburan sangat penting dilakukan oleh pasangan suami istri. Pemeriksaan kesuburan perlu dilakukan sekiranya anda telah menikah selama 12 bulan  dan melakukan hubungan suami istri secara aktif tanpa menggunakan alat kontrasepsi akan tetapi belum ada tanda-tanda kehamilan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kesuburan. Pengamalan gaya hidup yang sihat dapat menyebakan wanita mudah hamil dengan cepat. Marylin mengatakan, hal ini termasuk nutrisi yang mencukupi (pola pemakanan sihat), gaya hidup yang sihat dan pengambilan suplemen dapat membantu meningkatkan kesuburan anda.

Ketahui bagaimana vivix Shaklee dapat meningkatkan Kesuburan anda

Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, semakin tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah “Oxidative Damage” yang merosakkan  sel-sel tubuh dan dapat menurunkan kesuburan.

Fungsi Resveratrol itu  juga adalah untuk melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Apabila telur yang ‘dilindungi’ ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKAN. Vivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.

Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.

Testimoni Vivix shaklee untuk mudah hamil

 

Sekiranya anda ingin merancang untuk hamil dan ingin mencuba suplemen untuk meningkatkan kesuburan suami isteri, hubungi saya untuk konsultansi PERCUMA dan tempahan.


Saya pengedar Shaklee Sabah yang aktif di kawasan kota Kinabalu (Imago, karamunsing, centre Point, Suria sabah, Kolombong, Inanam) dan Kota Belud. FREE COD bagi Kawasan Kota Kinabalu dan Kota Belud.

 

(Visited 142 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Rahsia mudah hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge