Bagaimana menangani penyakit SLE

Baru-baru ini saya telah berpeluang untuk mendengar kisah Customer vivix saya (Puan B)  seorang pesakit SLE sejak beliau berumur 34 tahun. Beliau kini berumur hampir 70 tahun tapi wajahnya tidak menampakkan ciri-ciri warga emas. Beliau kelihatan masih muda dan paling mengejutkan beliau sepertinya tidak menghidap penyakit SLE. Beliau telah berkongsi info bagaimana beliau mengatasi masalah penyakit kronik yang sehingga kini masih belum ada penawarnya.


Sebelum tu, saya terangkan dulu apa itu SLE sebenarnya?

Penyakit SLE (Sistemik lupus eritematosus) adalah penyakit kronik autoimun di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Keadaan ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

Pesakit SLE berisiko untuk mendapat penyakit seperti berikut:-

Buah pinggang
SLE boleh menyebabkan keradangan pada buah pinggang (nephritis) dan seterusnya mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak.

Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit biasanya akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga mengalami gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

“Jangan stress dan sentiasa berfikiran positif” – Puan B

Bila saya tanya bagimana Puan B mengatasi penyakit SLE, beliau hanya tersenyum dan berkata ” Jangan stress dan cuba untuk sentiasa berfikiran positif“. Ini kerana apabila kita stress, ia bukan sahaja lebih memburukkan keadaan penyakit malah boleh membawa maut. Puan B menceritakan bagaimana teman dia sendiri telah bunuh diri gara-gara merasa stress dengan penyakit tersebut.

Katanya lagi, pesakit-pesakit SLE masih boleh mengekalkan kualiti hidup yang baik, walaupun mereka mempunyai gejala-gejala SLE dan kesan sampingan ubat-ubatan yang di ambil. Rahsia beliau yang terbesar sekali untuk menangani SLE adalah dengan pengambilan Vivix Shaklee. Sebelum beliau consume vivix, Puan B selalu cepat penat, sakit-sakit sendi dan apabila terkena sedikit cahaya matahari atau berjalan jauh, beliau akan demam sehingga berhari-hari.

Setelah mengamalkan vivix dengan sukatan megadose, beliau kini tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan hospital seperti mengambil steroid, sentiasa bertenaga dan tidak lagi demam. Kulit beliau juga tidak lagi mengalami ruam-ruam walaupun terkena cahaya matahari. Malah wajahnya semakin kelihatan muda! Sayang sekali saya tidak berkesempatan untuk berselfie dengan beliau. Maybe next time saya akan upload di sini lagi.

Walaubagaimana pun, beliau tetap menjaga pemakanan di samping pengambilan makanan tambahan. Untuk mengetahui pantang larang pengambilan makanan bagi pesakit SLE bolehlah baca di entri saya yang terdahulu di dalam Rawatan penyakit SLE. Untuk mengetahui info lanjut mengenai vivix shaklee boleh rujuk dalam entri vivix Shaklee: tonik ajaib untuk pesakit kronik.


Jika anda penghidap penyakit SLE, jangan stress. Dapatkan bantuan segera. Sekiranya ada ahli keluarga yang menghidap penyakit ini, berilah mereka sokongan agar mereka tidak merasa disisihkan. Mempelajari tentang penyakit SLE adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengenali SLE dengan lebih dekat. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit yang berpengetahuan tentang penyakitnya akan turut sama mengambil bahagian dalam perawatan diri (self-care), kurang rasa sakit, tidak perlu berjumpa doktor dengan terlalu kerap, dan akan terus aktif.


Sekian, jangan lupa tekan button share di bawah sekiranya memberi manfaat.

 

 

 

(Visited 288 times, 2 visits today)

One thought on “Bagaimana menangani penyakit SLE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge