Tips Penjagaan Luka Pembedahan Caesarean


Dengar saja pasal bersalin secara pembedahan atau caesarean.. Trus ngeri ingat tu luka pembedahan.. Caesarean can be considered major operation.. So memang wajar pun ramai yang takut bila terpaksa bersalin secara caesarean. Pengalaman saya bersalin ketiga-tiga anak saya secara caesarean membuatkan saya cukup trauma lebih2 lagi dalam penjagaan luka selepas pembedahan caesarean.


Tidak dinafikan bahawa semua wanita yang bersalin mengimpikan agar dapat bersalin dengan mudah dan secara normal. Namun kadang2 terdapat komplikasi semasa proses bersalin terpaksa melakukan pembedahan caesarean bagi menyelamatkan ibu dan juga bayi.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips penting penjagaan luka selepas pembedahan caesarean agar luka cepat sembuh dan bagi mengelakkan luka dijangkiti kuman.

Tips penjagaan luka pembedahan Caesarean

1. Bergerak seawal yang mungkin
Walaupun selepas pembedahan anda akan merasa lemah dan amat sakit tapi anda tetap perlu bergerak seawal yang boleh. Sebabnya pergerakan dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. So, bagi yang bersalin pembedahan jangan terkejut kalau anda disuruh bangun dan berjalan pada hari ke-2 anda bersalin. Minta bantuan ahli keluarga atau jururawat untuk membantu anda bergerak.

2. Minum banyak air

Selepas pembedahan anda perlu minum air dengan banyak untuk membantu proses nyahtoksin badan anda dan bagi megelakkan anda mendapat sembelit. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari untuk memenuhi keperluan tubuh anda.

3. Jangan ambil ubat lain

Pengambilan apa-apa ubat-ubatan selain daripada yang disarankan oleh doktor perlu dielakkan kerana dikhuatiri ia boleh memberikan kesan sampingan kepada tubuh anda.

4. Pengambilan Supplement atau makanan tambahan

Pengambilan supplement seperti multivitamin dan zat besi sangat digalakkan kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin darah anda dengan lebih cepat. Selain itu, anda juga disarankan agar menambah supplement Zinc kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Pengalaman saya bersalin anak ketiga, saya telah mengambil vivix seawal hari pertama selepas pembedahan. Kesannya luka pembedahan saya cepat sembuh dan parut luka pembedahan sangat cantik.  Adalah disarankan agar mengambil set berpantang shaklee yang boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin.

Sila rujuk gambar di bawah untuk set bersalin/berpantang shaklee


5. Pastikan luka kering dan bersih

Lap kering luka anda setiap kali selepas mandi atau ke tandas. Pastikan ianya sentiasa kering dan bersih sepanjang masa. Jangan sesekali menggaru luka anda walau pun ianya amatlah gatal kerana jika anda menggaru bekemungkinan kuman akan masuk melalui luka yang digaru.

6. Hindari aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan

Lazimnya anda yang menjalani pembedahan akan merasa sakit jika perlu naik tangga atau pun membongkok. Sebab itu jika perlu juga naik lah dengan perlahan- lahan dan sangat digalakkan berhenti setiap beberapa anak tangga mengikut kemampuan anda.

7. Minta bantuan ahli keluarga

Ingat!! Anda bukanlah superwoman..So, janganlah segan untuk meminta bantuan ahli keluarga anda terutamanya suami anda.

Bagi yang ada extra budget boleh la mencuba vivix shaklee untuk membantu dalam penjagaan luka pembedahan caesarean.

Berikut adalah beberapa testimoni daripada pengguna vivix yang mengamalkan supplement vivix selepas bersalin dan semasa berpantang.


Jika anda tercari2 set berpantang shaklee atau ingin mencuba vivix sebagai supplement penjagaan luka pembedahan caesarean hubungi saya di nombor yang tertera di bawah.


Saya pengedar shaklee sabah yang aktif di kawasan kota kinabalu, karamunsing, imago, suria sabah, centre point, kelombong, inanam dan kota Belud. 

 

(Visited 203 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge