About Me

Pengedar Shaklee Sabah
Pengedar Shaklee Sabah

Saya Jessie Fufu, adalah pemilik blog felicitousmom.com. Saya merupakan seorang ibu kepada 3 anak perempuan yang comel (Cherish, Mireya dan Gwynne), berkerja sepenuh masa di Syarikat Utility di Sabah sebagai seorang Jurutera Elektrik, Part-Time PhD student di University Malaysia Sabah dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik (Power System) dan juga menjalankan bisnes Shaklee secara sepenuh masa melalui kedai online dan offline.

Saya mula berkenalan dengan Shaklee sejak mengandung anak kedua saya iaitu pada awal tahun 2013 dimana saya mencari produk yang dapat membantu meningkatkan sistem imun anak pertama saya yang pada masa itu selalu saja sakit. Sejak lahir, anak pertama saya yang bernama Cherish selalu sakit. Malahan hampir setiap bulan kami terpaksa membawa dia untuk berjumpa dengan doktor pakar disebabkan dia mengalami bronchitis yang agak serius sehingga terpaksa memakai inhaler. Waktu Cherish berumur 11 bulan, kami diuji lagi kerana Cherish terpaksa dimasukkan ke dalam wad selama seminggu disebabkan oleh pneumonia. Mujur saja kami telah membawanya ke hospital dengan cepat sebelum makin teruk. Dari situ, saya bertekad untuk menyusukan anak saya yang seterusnya secara eksklusif disebabkan Cherish hanya merasa susu badan selama lebih kurang seminggu saja dan menyebabkan dia mudah jatuh sakit. I thanked God juga sebab diperkenalkan kepada Shaklee oleh upline saya Nieda Nuds dan vitamin Shaklee pertama yang saya beli ialah mealshake untuk Cherish (untuk tingkatkan imun dan melegakan sembelit dia) dan Ostematrix untuk saya (disebabkan saya sedang preggy time tu and selalu Cramp kaki). Oleh kerana saya mau harga yang lebih murah dan komited mau consume Shaklee sebagai suplemen keluarga saya, tanpa fikir panjang saya trus sign up jadi member Shaklee.

Selepas merasa Shaklee effect yang bagus pada Cherish dan saya pun tidak lagi mengalami kaki cramped setiap malam, saya bertekad untuk berkongsi Shaklee effect kepada orang lain juga dan mula serius untuk menjadikan biz shaklee sebagai biz part time saya. Yala kan..benda bagus mesti mau dishare. So, sejak April 2013 hingga kini, saya masih lagi aktif bersama Shaklee kerana Shaklee telah TRANSFORM hidup kami bukan sahaja dari segi kesihatan yang baik malah sebagai sumber untuk menjana pendapatan keluarga.

Kenapa Felicitousmom? What felicitousmom can offer you?

Felicitousmom adalah trademark saya yang merupakan seorang ibu yang merasa sangat bertuah dan happy di mana blog ini merupakan medium untuk saya mengongsikan pengalaman saya sebagai ibu yang bersalin secara pembedahan (ceasarean) dan juga ibu yang menyusukan anak secara eksklusif, petua-petua untuk membantu ibu-ibu menyusukan bayi walaupun berkerja, cara memperbanyakkan susu ibu, cara menjaga luka bersalin secara pembedahan, time management bagi ibu-ibu yang berkerja dan belajar, bagaimana kita memberikan kesihatan yang baik kepada anak-anak dan keluarga, tips-tips kekeluargaan dan juga resepi masakan bagi ibu-ibu yang sibuk seperti saya.

Last but not least, saya berharap agar perkongsian saya dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca di luar sana. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan tentang produk kesihatan Shaklee boleh hubungi saya terus melalui sms , whatsapp atau call di nombor 013-8568620.

Jangan lupa KLIK IMAGE di bawah untuk ketahui apa post terbaru dari saya.

Terima kasih kerana mengunjungi Felicitousmom dot com. Berikan keluarga anda kesihatan yang mereka perlukan.

 

(Visited 128 times, 1 visits today)