Pengalaman COD Shaklee dengan customer di Sepanggar

Teringat pula kisah beberapa minggu lepas. Time tu tengah sibuk lagi meeting PPA negotiation dengan satu developer project solar pv di Sabah. Tiba-tiba dapat whatsapp dari customer (Puan M) tanya tentang vitamin untuk stabilkan hormon. 

Puan M mengalami masalah tempoh haid yang agak panjang sehingga berminggu-minggu. Bahkan sampai dia terpaksa berjumpa dengan doktor pakar kerana risaukan keadaan dia. Masalah hormon yang tidak stabil juga menjadikan dia sering berasa letih dan cepat stress.

Berdasarkan kepada penerangan tentang masalah kesihatan Puan M itu, saya suggest beliau mencuba GLA Complex dan ESP. Kedua-dua produk ini bagus untuk menstabilkan hormon wanita, memberikan tenaga, serta baik bagi mereka yang merancang untuk hamil. Puan M juga bagitau yang masalah hormon yang dihadapinya menyukarkan dia dan suami mendapat anak yang kedua.

Agak panjang juga perbualan kami sebab saya kena make sure bagi consultation yang betul dengan setiap customer saya. Mujur saja time tu meeting tengah break. So, dapat la saya melayan customer saya ni dengan cepat. 

Puan M ni memang bijak sebab dia akhirnya memilih untuk join member shaklee. Katanya join member dapat harga lebih murah. Jimat 15-20% berbanding dengan non-member. So, dia sanggup bayar keahlian RM69 sahaja asal saja dia dapat beli dengan harga member. Lagipun dia sangat berpuas hati dengan konsultansi dari saya. 

Dipendekkan cerita, dia minta saya COD di Sepanggar hari itu juga. Nasib baik ada ready stock in hand. Kalau tidak confirmlah saya terpaksa meminta pertolongan mama shaklee saya (nieda). 

After work saya terus ke Sepanggar. Puan M cakap rumahnya dekat saja dengan Sabah Port tu. Saya drive sendiri ke tempat Puan M berpandukan waze sebab tidak pernah lagi sampai ke Sabah Port.

Cari punya cari lokasi rumah Puan M, rupanya dia tinggal di kawasan perumahan atas air. Jalan ke rumahnya kena melalui jambatan kecil yang menghubungkan satu rumah ke rumah yang lain. Dengan perasaan yang sangat takut sampai lutut bergegar-gegar lagi, saya cepat-cepat contact Puan M suruh tunggu di tempat yang paling hampir dengan darat. 

Gambar yang disnap lepas drive jauh2 dari kawasan itu

Lepas saja COD vitamin shaklee Puan M, saya dengan sepantas kilat berlari ke kereta dan cepat-cepat drive balik. Takut pula kalau-kalau tiba-tiba kena culik sebab penduduk tempat tu macam kebanyakan bukan orang tempatan. 

Bila saya cerita dengan geng-geng shaklee #kamisidhebat risau betul dorang saya COD ke tempat tu sendiri. Apalagi lepas cerita sama husband saya habis kena cuci telinga. Yala faham juga sebab dorang risaukan keselamtan saya kan.

So next time kena extra berhati-hati bila mau COD. Kena tanya betul-betul di mana lokasi COD. Kalau tempat tu meragukan, kena bawa Mr Husband sekali la. Orang cakap safety first kan. 

Setakat ini saja sharing pengalaman COD saya malam ni. Sila share jika kamu terhibur. Boleh share juga untuk mengingatkan kawan-kawan lain yang selalu buat COD agar sentiasa berhati-hati. Thanks for reading.

P/s: Pengalaman saya COD di sana berbaloi juga bila dapat feedback daripada  Puan M selepas consume GLA Complex dan ESP. Photo di bawah adalah screenshot testimoni daripada Puan M.


Jessie Fufu, Pengedar shaklee Sabah

0138568620

(Visited 80 times, 1 visits today)

2 Replies to “Pengalaman COD Shaklee dengan customer di Sepanggar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge