5 Makanan Milkbooster untuk Ibu Menyusu

Hello semua.. entri ni kali mau share tentang makanan milkbooster untuk ibu menyusu. harap-harap ibu-ibu sekalian dapat manfaat daripada sharing kali ni.

Semua pun tau kan yang susu ibu ni mengandungi unsur antibodi semulajadi yang melawan penyakit yang akan melindungi bayi kita daripada sakit? Mulai dari sayur-sayuran hijau hingga ikan salmon, berikut beberapa makanan milkbooster untuk ibu menyusu agar dapat mencukupkan keperluan bayi kita. Selain amalkan supplemen yang betul, semua ni pun saya sendiri amalkan untuk tambah susu badan saya. Ketahui apa vitamin yang saya ambik untuk milkbooster saya di entri saya sebelum ni.

Tubuh ibu akan menghasilkan susu ibu secara automatik sebagai tindak balas terhadap hormon dalam aliran darah. Bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan anak, susu ibu kemungkinan akan keluar lambat sikit iaitu kira-kira 3-4 hari selepas bersalin. So, jangan risau kalau hari pertama selepas bersalin tu, ibu-ibu tidak nampak ada susu keluar. Kalau ibu sudah pernah melahirkan sebelum ini, susu ibu boleh keluar dengan lebih awal. Nah, untuk memastikan bayi kita mendapat susu ibu yang baik untuk perkembangan dirinya, ibu-ibu boleh mengambil makanan berikut sebagai milkbooster.

Sayur-sayuran berwarna hijau tua

Ibu menyusu disarankan untuk makan satu atau dua hidangan sayur-sayuran berdaun hijau setiap hari. Bayam, brokoli, dan sayur-sayuran berwarna hijau tua lainnya merupakan tanaman yang berfungsi sebagai makanan untuk memperbanyak susu ibu. Sayur-sayuran hijau kaya dengan nutrisi dan mengandungi jumlah kalsium, folat, betakaroten, dan riboflavin yang tinggi. Selain itu, bayam juga kaya akan zat besi. Ada kajian yang menunjukkan bahawa rendahnya kadar zat besi dalam tubuh boleh membuat bekalan susu pada ibu menyusui juga ikut berkurangan.

kurma

Kurma kaya dengan kalsium yang dipercayai mampu meningkatkan jumlah susu ibu dengan menaikkan prolaktin (hormon yang berfungsi membantu wanita menghasilkan susu ibu selepas bersalin). Selain itu, ia juga mengandungi serat yang tinggi. Try ambil kurma sebagai snack ketika menyusukan bayi. Ia juga boleh memberikan tenaga untuk ibu-ibu yang penat menguruskan kerja-kerja rumah.

Oat

Semangkuk oat boleh membuat Ibu merasa kenyang lebih lama dan dipercayai membantu meningkatkan bekalan susu ibu. Oat juga kaya akan zat besi yang berfungsi melawan anemia, yang mengganggu bekalan susu dimana biasanya berlaku pada ibu baru, especially pada Ibu yang mengalami banyak pendarahan semasa bersalin. Namunbegitu, jika ibu tidak mempunyai toleransi terhadap gluten atau penyakit Celiac, maka makanan ini tidak boleh dimakan oleh ibu menyusu.

Ikan salmon

Salmon merupakan sumber protein yang baik. Ikan ini juga mengandungi lemak DHA yang penting untuk perkembangan sistem saraf bayi. Dan jika Ibu tidak suka meminum susu, Ibu boleh menggantikannya dengan ikan salmon bagi mendapatkan pengambilan kalsium tambahan. So, tidak hairan jika ikan salmon dijadikan salah satu makanan milkbooster. Selain salmon, jenis ikan lain juga boleh digunakan sebagai sumber protein agar pengambilan makanan Ibu mencukupi.

Kacang-kacangan

Selain mengandungi serat yang baik untuk sistem pencernaan, kacang merah, kacang hitam, dan beberapa kacang lain juga kaya akan zat besi, vitamin, mineral, dan protein. Memang Ibu boleh merasa sedikit kembung selepas makan kacang, tapi yang bagusnya, perkara tersebut tidak berlaku untuk bayi kita.

Selain mengambil makanan untuk memperbanyak susu ibu, ada juga beberapa tips yang boleh Ibu-ibu lakukan untuk meningkatkan bekalan susu iaitu:

  • Menyusukan bayi dengan lebih kerap boleh meningkatkan bekalan susu ibu dalam 2-4 hari.
  • Tempoh menyusukan bayi yang lebih lama.
  • Pastikan susu ibu di salah satu payudara benar-benar kosong, sebelum berganti ke payudara yang lain.
  • Urut payudara dengan lembut. Cara ini dapat membantu Ibu untuk berehat dan membuka saluran pada payudara supaya susu keluar lebih lancar.
  • Bantu bayi anda melekatkan bibirnya dengan betul ke puting (proper latching)
  • Rilex dan santai setiap kali sesi penyusuan.
  • Jangan merokok, mengambil kafein, dan ubat-ubatan yang mungkin mengganggu bekalan susu ibu.
  • Power Pumping untuk meningkatkan demand bekalan susu ibu.
  • Rehat yang cukup, minum banyak air putih untuk mencegah dehidrasi, dan pengambilan makanan yang seimbang.
  • Paling penting ialah jangan stress dan enjoy breastfeeding journey.

Perlu diingatkan bahawa ketika ibu menyusukan bayi, Ibu mungkin akan sering merasa haus. Banyakkan minum air putih untuk mencegah lemas dan kekeringan. Ibu tidak perlu menambah pengambilan kalori (menambah hidangan makan) sebagai cara untuk menambah pengeluaran susu ibu (ini selalu kita salah anggap termasuk saya sendiri). Pilih makanan dengan gizi seimbang.

Sebenarnya Susu tidak cukup atau tidak keluar sama sekali jarang berlaku jika mindset dan niat kita untuk breasteeding kuat. Namun, jika Ibu merasa bayi tidak mendapat cukup susu, Ibu boleh berunding dengan doktor laktasi untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik. Dengan pengambilan pemakanan dan cara penyusuan yang baik, Ibu-ibu pasti akan menghasilkan susu ibu dengan cukup dan berkualiti. Ibu-ibu juga boleh mengambil supplemen yang bersesuaian sebagai milkbooster dan membantu menambahkan tenaga ibu-ibu menyusu. My own experience, vitamin postnatal shaklee is the best supplements so far.

Postnatal Supplements

 

Apa milkbooster kamu? Komen di bawah untuk share makanan milkbooster yang berkesan untuk kamu. Manalah tau dapat membantu ibu-ibu breastfeeding yang lain.

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge