Lupus Nefritis: Kesan penyakit SLE pada buah pinggang

Lupus nefritis adalah keradangan pada buah pinggang yang terjadi akibat pengaruh penyakit systemic lupus erythematosus (SLE) atau lebih dikenali dengan nama lupus. Lupus adalah penyakit autoimun di mana sistem kekebalan tubuh menyerang rangkaian-rangkaian yang sihat.

Lupus nefritis merupakan salah satu komplikasi yang serius daripada penyakit lupus. Dianggarkan kira-kira 60 peratus penghidap lupus mengalami lupus nefritis. Keadaan ini akan mengganggu fungsi buah pinggang sebagai penapis bahan-bahan buangan dalam tubuh. Akibatnya, darah dan protein akan gagal ditapis di buah pinggang dan boleh muncul dalam air kencing. Gangguan fungsi buah pinggang dalam jangka panjang akan meningkatkan risiko terjadinya kegagalan buah pinggang.

Jika seseorang mengalami kegagalan buah pinggang, mereka perlu menjalani proses cuci darah atau hemodialisis secara berkala. Prosedur ini dilakukan dengan mesin penapisan. Seseorang yang mengalami lupus nefritis kadang-kadang perlu melakukan pemindahan buah pinggang jika keadaannya sangat parah.

Gejala Lupus nefritis
Gejala-gejala lupus nefritis tidak jauh berbeza dengan gangguan pada buah pinggang lain. Gejala seperti berikut akan dialami oleh pesakit.
• Kemunculan darah di dalam air kencing.
• Air kencing berbuih dan berwarna gelap.
• Sering buang air kecil, terutama pada malam hari.
• Tekanan darah tinggi.
• Berat badan bertambah.
• Pembengkakan di telapak, betis, dan atau pergelangan kaki.

Diagnosis Lupus nefritis
Untuk mendiagnosis lupus nefritis, doktor akan menanyakan sejarah perubatan pesakit, lalu melakukan pemeriksaan fizikal dan penilaian gejala yang dialami pesakit. Doktor juga mungkin melakukan satu siri ujian yang meliputi:

  • Ujian darah. Ujian ini akan membantu doktor dalam melihat kandungan zar-zat sisa dalam darah, contohnya kreatinin dan urea dalam darah. Dalam keadaan normal, seharusnya zat-zat ini tidak muncul kerana telah ditapis oleh buah pinggang.
  • Pemeriksaan air kencing. Pemeriksaan air kencing bertujuan untuk mengukur fungsi buah pinggang. Pemeriksaan ini akan mengenal pasti kadar protein, sel darah merah, dan sel darah putih.
  • Pemeriksaan air kencing 24 jam. Kaedah ini dilakukan untuk mengukur keupayaan buah pinggang dalam menapis zat-zat sisa dalam tubuh. Pemeriksaan ini akan menunjukkan berapa banyak kandungan protein yang muncul di urine dalam 24 jam.
  • Ultrasound. Pemeriksaan ultrasound dilakukan dengan menggunakan gelombang untuk menunjukkan keadaan buah pinggang secara terperinci. Dari pemeriksaan ini, doktor akan dapat melihat adanya kelainan pada bentuk dan saiz buah pinggang.
  • Biopsi buah pinggang. Biopsi adalah pemeriksaan yang paling tepat untuk mendiagnosis gangguan pada buah pinggang. Doktor akan memasukkan jarum ke dalam buah pinggang melalui perut, mengambil sampel tisu buah pinggang.
  • Iothalamate clearance. Zat radioaktif bernama iothalamate akan disuntik ke dalam darah, lalu doktor akan melihat secepat apa zat tersebut masuk ke dalam air kencing. Ujian ini akan menunjukkan sama ada buah pinggang masih bergungsi dengan baik.

Setelah melakukan diagnosis, doktor boleh memastikan tahap kerosakan pada buah pinggang pesakit. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membahagikan lupus nefritis menjadi lima peringkat, iaitu:

  • Tahap 1. Pada tahap ini, doktor tidak menemukan tanda-tanda lupus nefritis.
  • Tahap 2. Pada tahap ini, lupus nefritis bersifat ringan boleh sembuh hanya dengan kortikosteroid.
  • Tahap 3. Pada tahap ini, lupus nefritis sudah memasuki tahap waspada/berjaga-jaga. Keadaan ini boleh dirawat menggunakan kortikosteroid dengan dos yang tinggi.
  • Tahap 4. Jika sudah memasuki tahap ini, lupus nefritis boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Doktor akan memberikan kortikosteroid berdosis tinggi serta ubat untuk mengawal sistem kekebalan tubuh.
  • Tahap 5. Lupus nefritis akan semakin buruk jika sudah memasuki tahap ini. Pesakit akan mengalami kehilangan protein dalam jumlah yang besar dan bengkak di beberapa bahagian badan.

Rawatan Lupus nefritis
Rawatan terhadap lupus nefritis akan disesuaikan dengan jenis atau tahap lupus nefritis yang dialami. Secara garis besar, lupus nefritis boleh diatasi dengan:

  • Ubat kortikosteroid. Ubat antiinflamasi jenis ini boleh membantu mengurangkan keradangan. Doktor mungkin akan memberikan kortikosteroid sampai keadaan pesakit bertambah baik. Ubat ini boleh menimbulkan kesan sampingan yang berbahaya. Oleh kerana itu, doktor akan memantau pesakit dengan sangat hati-hati.
  • Ubat imunosupresan. Ubat jenis ini sering digunakan untuk mengatasi kanser atau menghalang penolakan pada prosedur pemindahan organ. Ubat ini akan menghalang aktiviti imun yang merosakkan buah pinggang.
  • Ubat-ubatan lain, untuk mencegah penggumpalan darah atau tekanan darah rendah jika diperlukan.

Komplikasi paling teruk daripada lupus nefritis adalah kegagalan buah pinggang. Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang harus melakukan:

  • Hemodialisis atau cuci darah.
    Kaedah ini digunakan untuk menggantikan fungsi buah pinggang dalam menapis kotoran dalam tubuh, menjaga keseimbangan kadar mineral di dalam darah, dan mengawal tekanan darah
  • Pemindahan buah pinggang.
    Prosedur ini akan disyorkan pada pesakit yang ginjalnya sudah tidak berfungsi lagi. Buah pinggang pesakit akan diganti dengan buah pinggang sihat yang diperoleh daripada penderma.

Pencegahan Lupus nefritis

Menerapkan pola hidup sihat boleh melindungi diri dari gangguan buah pinggang, termasuk lupus nefritis.
Beberapa langkah yang boleh dilakukan adalah:

  • Bersenam secara teratur.
  • Minum banyak air mineral.
  • Tidak merokok dan mengambil alkohol.
  • Mengawal tekanan darah agar tetap normal.
  • Mengawal kadar kolesterol dalam darah.
  • Mengurangkan makanan yang mengandungi banyak garam.
  • Mengelakkan penggunaan ubat-ubatan yang boleh menjejaskan buah pinggang, salah satunya adalah ubat anti inflamasi non steroid (NSAIDs).

Cegah Penyakit Kronik dengan Vivix Shaklee

Order Vivix Now!!

0138568620

(Visited 136 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge