Bukit Bongol new trail via Mandap Dohubang

Hai all.. Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada readers blog felicitousmom dot com.

Hari ni saya berpeluang sekali lagi untuk hiking Bukit Bongol bersama my workout buddy Mr. Husband and adik beradik saya yang lelaki. Actually, hari ni ramai hikers yang naik sebab ngam2 cuti kan. Siapa2 yang belum tau mana terletaknya Bukit Bongol ni boleh lah baca entry saya dulu di SINI

Baru-baru ni bahagian pengurusan eco-pelancongan Mandap-Dohubang-Minonggui telah mengadakan gotong-royong yang dibantu oleh penduduk Kg. Mandap membaiki laluan perjalanan ke puncak Bukit Bongol melalui trail baru yang sangat mencabar yang dinamakan Guung Trail – D’Lugas Trail – Poturidong Trail.

Trail baru ini terletak di penghujung jalan Kg. Mandap doluoh. Jalan masuk ke Kg. Mandap doluoh adalah di sebelah kiri jalan KK lama. Sila refer map di bawah. Kalau sesat juga, call saja number yang saya mention di bawah ya.


Dengan trail baru ini, para pendaki yang akan melalui trail ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 seorang dewasa dan RM1 bagi kanak- kanak. Bayaran ini adalah untuk tabung penyelenggaraan dan penambahbaikan trail di masa akan datang. Menurut pihak pengurusan, tandas awam dan pondok2 perhentian di starting point dan sepanjang perjalanan akan dibina sebagai kemudahan bagi para pendaki.


Mesti ada yang tertanya2 juga kan.. apa kelebihan trail baru ni berbanding trail dari Kg Kinasaran dan Pirasan? Hah.. selain daripada laluan jalan yang makin bagus.. siap ada tangga2 dan tali lagi.. paling best tu trail tidak panas sebab banyak pokok2 di sepanjang laluan. Lepas dari naik bukit, ada juga sungai di strting point untuk kamu terus mandi manda.. siok kan..


Berikut antara gambar2 yang sempat saya snap hari ni untuk tatapan kamu semua.

Banner Selamat Datang di Starting Point
Starting Point

Majestic view of Mount Kinabalu
Puncak Bukit Bongol


Nah.. apa lagi kawan2 hikers yang diluar sana..siapa2 yang belum try trail baru ni, boleh la cuba ya.. make sure kena fit juga la ya.. takut pula tidak sampai ke punca nanti.

Bagi yang belum pernah naik lagi dan ingin mencuba trail yang baru ni, bolehlah menghubungi orang ini untuk tempahan guide. Jangan risau. Beliau tidak mengenakan bayaran yang tidak masuk akal. Bayaran seikhlas hati seja debilang.

En. Jaunnie – 019 876 8999

Isaac – 016 800 7345

Oh ya sebelum saya lupa, to those hikers.. please la jaga kebersihan alam sekitar kio. Sayang pula cantik2 tu tempat tapi banyak sampah kan.. kesian ni penduduk kampung yang terpaksa pungut sampah dan bawa turun..

ok la.. kalau ada apa2 mau tanya boleh ja pm saya juga. Thanks for reading. Selamat bercuti.

(Visited 586 times, 1 visits today)

2 Replies to “Bukit Bongol new trail via Mandap Dohubang

    1. Hi juga.. kalau jalan non stop boleh sampai less than 1 hour.. average dalam 40-50 minutes. Ni utk normal fitness level.. kalau yg santai2 around 1.5 hours gitu la.. u should try.. sana tidak panas macam trail lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge