Stroke: gejala dan cara mengatasinya

Stroke adalah suatu kondisi yang terjadi ketika pengaliran darah ke suatu bahagian otak tiba-tiba terganggu. Dalam jaringan otak, kekurangan aliran darah menyebabkan serangkaian reaksi biokimia, yang dapat merosakkan atau mematikan sel-sel saraf di otak. Kematian jaringan otak ini dapat menyebabkan kehilangaan fungsi yang dikendalikan oleh jaringan itu. Stroke adalah penyebab kematian yang ketiga di Amerika Serikat dan banyak negara industri di Eropah (Jauch, 2005).

Walaupun sesetengah kes dapat stroke diselamatkan, kadang-kadang penderita mengalami kelumpuhan di sebelah anggota badannya, hilangnya sebahagian ingatan atau kemampuan bicaranya. Beberapa tahun kebelakangan ini makin popular pula istilah “serangan otak”. Istilah ini berpadanan dengan istilah yang sudah dikenal luas iaitu “serangan jantung”. Untuk info mengenai serangan jantung boleh baca di entry saya sebelum ini mengenai Tips kawalan serangan penyakit jantung

Jenis – Jenis Penyakit Stroke

Stroke dibahagi menjadi dua jenis yaitu stroke iskemik dan stroke hemorragik. Pada stroke iskemik, aliran darah ke otak terhenti karena aterosklerosis (penumpukan kolesterol pada dinding pembuluh darah) atau bekuan darah yang telah menyumbat suatu pembuluh darah ke otak. Hampir sebahagian besar pesakit iaitu sebanyak 83% mengalami stroke jenis ini.

Stroke hemorragik pula ialah pembuluh darah pecah sehingga menyukarkan aliran darah yang normal dan darah mengalir ke dalam suatu kawasan di otak dan merosakannya. Hampir 70% daripada kes stroke hemorrhagik terjadi pada penderita hipertensi atau tekanan darah tinggi. Baca SINI untuk cara menurunkan tekanan darah tinggi tanpa ubatan.

Pada stroke iskemik, penyumbatan bisa terjadi di sepanjang jalur pembuluh darah arteri yang menuju ke otak. Darah ke otak diedarkan oleh dua arteri karotis interna dan dua arteri vertebralis. Arteri-arteri ini merupakan cabang dari lengkung aorta jantung.

Gejala Penyakit Stroke

Gejala Penyakit Stroke terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

1. Stroke sementara: sembuh dalam beberapa minit atau jam.

2. Stroke ringan: sembuh dalam beberapa minggu.

3. Stroke berat: sembuh dengan meninggalkan kecacatan, tidak boleh sembuh sepenuhnya dalam beberapa bulan atau tahun yang kemudiannya boleh mengakibatkan kematian.

Penyabab Penyakit Stroke

Faktor risiko kesihatan yang menyebabkan penyakit stroke ialah:-

  • hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi),
  • kolesterol,
  • arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah),
  • Serangan jantung,
  • diabetes,
  • Keturunan
  • Migrain yang melampau (sakit kepelah sebelah).

Menurut data statistik 80% penyebab utama stroke adalah hipertensi dan arteriosklerosis.

Faktor risiko gaya hidup disebabkan oleh gaya hidup dan pola pemakanan yang tidak sihat seperti berikut juga menyebabkan serangan stroke.

  • merokok,
  • terlalu banyak meminum minuman bersoda/bikarbonat
  • Meminum minuman Alkohol secara berlebihan
  • gemar memakan makanan cepat saji (precessed food,fast food dan junk food).
  • kurang bersenam
  • Obesiti.
  • Stress yang menyebabkan hati yang tidak selesa seperti selalu marah tanpa alasan yang jelas.

Gejala Yang Timbul Pada Penderita Stroke

Gejala awal stroke secara umumnya sering berasa pening kepala dan kadang-kadang terasa seperti berpusing-pusing (seperti penyakit vertigo), kemudian disusuli dengan gangguan percakapan dan pergerakkan otot mulut. Gejala lainnya adalah terganggunya deria rasa (tidak boleh merasakan apapun , seperti dicubit atau dicucuk jarum) dan tubuh terasa lumpuh sebelah, serta tidak adanya gerakan refleks.

Kadang-kadang terjadi buta secara tiba-tiba atau kaburnya pandangan (disebabkan oleh pengaliran darah dan oksigen ke mata berkurang secara drastik), terganggunya sistem rasa di mulut dan otot-otot mulut (sehingga wajah penderita menjadi mencong yang dikenali sebagai bell’s palsy), lumpuhnya otot-otot tubuh yang lain, dan terganggunya sistem memori dan emosi. Selalunya penderita juga tidak dapat menghentikan tangisnya karena  kontrol otak pada sistem emosinya lumpuh. Hal ini menyebabkan penderita stroke berkelakuan seperti penderita penyakit sakit jiwa.

Cara Mencegah Penyakit Stoke

Diet yang Sihat

Pengambilan pola pemakanan yang sihat dengan mengambil makanan yang sihat adalah salah satu cara untuk menghindari stroke. Amalkan lebih banyak buah-buahan segar, sayuran, ikan, bijirin, produk susu rendah lemak, kekacang yang kaya dengan vitamin E serta bawang putih yang boleh mengelakkan pembekuan darah (blood clots). Hindari makanan yang terlalu manis, berlemak, daging merah, atau lainnya.

Senaman

Bersenam ringan selama 40 minit atau lebih setiap hari ditambah dengan senaman yang sedikit berat di hujung minggu akan menurunkan risiko stroke.

Berhenti merokok

Tabiat merokok merupakan salah satu punca risiko mendapat stroke. Jika ingin menghindari stroke, sebaiknya hentikan tabiat merokok.

Berhenti minum alkohol

Meminum sehingga 9 gelas alkohol dalam seminggu boleh meningkatkan risiko mendapat stroke. Oleh itu, jika ingin menurunkan risiko stroke, salah satu caranya adalah dengan menghentikan tabiat minum alkohol.

Menjaga berat badan

Memiliki berat badan ideal juga boleh membantu anda menurunkan risiko stroke. Caranya adalah dengan berdiet dan menjaga pola pemakanan yang sihat  serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap

Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah anda mengalami tekanan ekstra. Walaupun tidak menunjukkan gejala, periksalah tekanan darah dengan lebih kerap.

Kawal penyakit jantung

Kalau anda memiliki gejala atau gangguan jantung seperti nadi yang tidak teratur atau kadar kolesterol tinggi, berhati-hatilah karena hal itu akan meningkatkan risiko terjadinya stroke. Mintalah saranan doktor untuk langkah terbaik bagi pengawalan penyakit jantung.

Atasi dan kawal stress dan depresi

Stres dan depresi dapat menggangu dan seterusnya boleh menyebabkan stroke. Jika tidak dikawal dengan baik, dua hal ini juga dapat menimbulkan masalah jangka panjang.

Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam secara berlebihan juga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah tinggi yang seterusnya menjadi faktor utama mendapat stroke.

Pengambilan Vivix Shaklee untuk merawat Penyakit Stroke

Pesakit stroke yang tidak dapat menelan kapsul disarankan untuk mencuba Vivix Shaklee. Fungsi vivix shaklee dengan 4 mekanisma utama dapat membantu memulihkan pesakit stroke dengan cara

  • Melindungi dan membaiki kerosakn DNA
  • memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan pembentukan baru mitokondria
  • melambatkan pembetukkan protein AGE yang boleh merosakkan sel.

Testimoni Vivix Shaklee sembuhkan Penyakit Stroke

  


Hubungi saya untuk ikhtiar merawat stroke dengan vivix shaklee


Saya pengedar shaklee sabah yang aktif di Kota Kinabalu (karamunsing, imago, suria sabah, centre point, kolombong, inanam) dan Kota Belud

(Visited 98 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge