Elak Nyanyuk sebelum tua

Pernahkah kamu kena tegur bila kamu selalu lupa something, kawan or family cakap “belum tua tapi suda nyanyuk!” Lagi2 kalau sikit2 pun pelupa..lupa tutup lampu la.. Lupa tutup paip la.. Lupa mana letak kunci kereta la.. Paling teruk lupa tutup api.. Bahaya tau! Silap2 tu rumah buli terbakar.. Kalau ini pernah terjadi, kemungkin anda berisiko untuk mendapat penyakit alzheimer.

Apa itu Alzheimer? 

Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. 


Alzheimer bukan sebahagian normal penuaan, walaupun faktor risiko terbesar yang diketahui ialah peningkatan usia, dan majoriti orang dengan Alzheimer adalah 65 dan lebih tua. Tetapi Alzheimer bukan hanya penyakit tua. Sehingga 5 peratus orang dengan penyakit ini mempunyai permulaan awal Alzheimer yang sering terjadi apabila seseorang itu berusia 40-an atau 50-an.


10 tanda-tanda amaran penyakit Nyanyuk

Setiap individu mungkin mengalami satu atau lebih daripada tanda-tanda ini dalam darjah yang berbeza. Jika anda mengalami mana-mana daripada tanda-tanda ini, silalah berjumpa doktor dengan segera.

10 Tanda awal yang sering berlaku kepada pengidap Alzheimer ialah:

1. Mudah lupa atau hilang ingatan

Ini merupakan tanda awal bagi penyakit Alzheimer di mana seseorang itu lupa perkara atau peristiwa yang baru saja berlaku, lupa nama orang, lupa tarikh atau peristiwa penting, bertanyakan maklumat yang sama berkali-kali, bergantung kepada catatan/alat/memo atau peringatan daripada ahli keluarga untuk mengingati sesuatu perkara atau temujanji.

2. Sukar membuat dan mengikut perancangan atau menyelesaikan masalah

Ini berlaku kerana pengidap Alzheimer mempunyai kurang daya tumpuan terhadap kerja yang dilakukannya.


3. Sukar menyelesaikan kerja-kerja harian biasa di rumah, di tempat kerja atau di tempat-tempat lain.

Contohnya: Seseorang itu mengalami masalah menggunakan ketuhar mikro, masalah memandu kereta ke tempat biasa, sukar menguruskan kewangan di tempat kerja, sukar mengingati peraturan bagi sesuatu permainan (games), dsb.

4. Keliru dengan masa dan tempat
Pengidap Alzheimer sering keliru dengan tarikh, musim atau apa-apa yang berkaitan dengan masa dan angka, atau kadang-kadang keliru atau lupa bagaimana ia boleh sampai di sesuatu tempat.

5. Masalah memahami imej gambar atau masalah penglihatan

Mereka juga mungkin sukar membaca, menganggarkan jarak dan menentukan warna, tidak mengenali bayangan sendiri dalam cermin kerana disangkanya orang lain.


6. Masalah mencari perkataan yang tepat semasa bercakap atau menulis

Mereka ini sering menghadapi masalah kosa kata, dengan itu mereka sukar untuk mencari perkataan yang tepat bagi meluahkan fikirannya sama ada dalam percakapan atau tulisan. Mereka juga menghadapi masalah mengikuti atau terlibat dalam sesuatu perbincangan atau perbualan. Mereka juga mungkin tiba-tiba berhenti semasa tengah bercakap dan menghadapi masalah untuk menyambungnya kembali. Mereka juga sering salah memanggil nama sesuatu benda.


7. Lupa tempat letak barang dan tidak dapat mengingati kembali peristiwa sebelum itu

Contohnya: Lupa tempat letak cermin mata, kunci, meletakkan sesuatu barang di tempat yang tidak wajar, dsb. Akhirnya, lupa nama ahli keluarga dan benda yang biasa digunakan setiap hari.

8. Kurang/lemah pertimbangan dalam penilaian sesuatu perkara
Ini menyebabkan pengidap penyakit Alzheimer membuat keputusan yang kurang bijak atau memudaratkan, terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan, dsb.

9. Mengasingkan diri daripada bersosial atau aktiviti sosial
Pengidap Alzheimer ini mula mengasingkan diri atau berhenti daripada melakukan aktiviti-aktiviti sosial, aktiviti kemasyarakatan, sukan, dsb. yang menjadi kegemarannya sebelum itu.

10. Perubahan mood dan personaliti
Berlaku perubahan dan mula membuat rutin atau cara khusus bagi sesuatu perkara dan berasa tidak senang apabila rutinnya diganggu. Juga berlaku perubahan hati dan sikap, menjadi keliru, berprasangka, hilang kepercayaan kepada orang lain, kemurungan, gelisah, takut, agresif, mudah terasa dan merajuk jika tidak kena dengan caranya, sikap keras kepala, dsb.

Penyebab penyakit nyanyuk atau Alzheimer

Menurut kajian kebanyakan orang, penyakit Alzheimer adalah disebabkan oleh gabungan genetik, gaya hidup dan faktor persekitaran yang mempengaruhi otak dari masa ke masa.

Walaupun punca Alzheimer belum difahami sepenuhnya, kesan pada otak adalah jelas. Alzheimer merosakkan dan membunuh sel-sel otak. Otak yang terjejas oleh penyakit Alzheimer mempunyai banyak sel-sel yang kurang dan sambungan yang kurang antara sel-sel yang masih hidup berbanding dalam  otak yang sihat.

Siapa Yang Berisiko menghidap Penyakit nyanyuk atau Alzheimer?

Hampir 70 peratus mereka yang berisiko mengidap penyakit nyanyuk adalah dipercayai berpunca daripada genetik atau keturunan.

Selain itu, faktor risiko lain termasuklah sejarah kecederaan kepala atau trauma kepala, kemurungan, tekanan darah tinggi dan kemerosotan fungsi kognitif yang sederhana.

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa faktor-faktor risiko penyakit jantung juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat Alzheimer termasuklah:

  • Kurang bersenam
  • Diabetes yang tidak dikawal dengan baik
  • Tabiat kuat merokok
  • Tahap homocysteine yang tinggi (peringkat permulaan penyakit hati dan salur darah)
  • Tekanan darah tinggi
  • Paras kolesterol darah tinggi
  • Diet yang kurang sumber buah-buahan dan sayur-sayuran

Tips pemakanan bagi mengelakkan penyakit nyanyuk atau Alzheimer

Jenis makanan yang sesuai bagi mengelakkan penyakit nyanyuk atau Alzheimer boleh baca di entry saya sebelum ini di SINI

6 tips gaya hidup sihat untuk otak yang sihat dan mencegah penyakit Alzheimer ialah:

  • Senaman yang kerap.
  • Diet sihat.
  • rangsangan mental.
  • tidur yang berkualiti.
  • Pengurusan tekanan.
  • Satu kehidupan sosial yang aktif.

Cara mengelakkan penyakit nyanyuk sebelum tua

Sel saraf atau neuron otak yang terjejas fungsinya telah menyebabkan berlakunya Alzheimer. Sel adalah asas dalam sistem tubuh. Dalam kes Alzheimer ini, sel neuron merupakan sel asas kepada sistem saraf.

Apabila neuron rosak, ia akan gagal menghantar isyarat dari otak ke seluruh tubuh sekaligus mengakibatkan individu Alzheimer lambat bertindakbalas terhadap sesuatu dan menghadapi kesukaran untuk mengingat.

So, saya mencadangkan untuk mencuba ikhtiar rawatan dengan vivix shaklee yang bertindak:

  • Membaiki dan melindungi sel
  • Mempertahankan dan mengawal genetik
  • Memberi tenaga kepada sel (mitokondria)
  • Meningkat prestasi sel dan melambatkan penghasilan protien AGE

Sekiranya anda adalah individu yang berisiko mengalami alzheimer atau bimbang tentang ibubapa yang ada simptom-simptom ini, cubalah vivix sekarang..


Hubungi saya untuk info lanjut dan tempahan. Saya ingin bantu anda untuk lebih sihat.


Saya Pengedar Shaklee Sabah yang aktif di kawasan kota kinabalu (karamunsing, imago, centre point, suria sabah, kolombong, inanam) dan kota belud. 

(Visited 225 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge