Cara menurunkan tekanan darah tinggi tanpa ubatan

Tekanan darah tinggi, atau hipertensi adalah keadaan yang biasa yang akan dialami oleh kebanyakan orang terutamanya bagi orang yang semakin meningkat umur. Tekanan darah adalah keupayaan darah menekan terhadap dinding arteri. Apabila ia terlalu tinggi, ia menimbulkan beban kerja jantung dan boleh menyebabkan kerosakan yang serius kepada arteri. Dari masa ke masa, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, dan penyakit buah pinggang.


Sesiapa yang mempunyai tekanan darah sebanyak 140 / 90mmHg atau lebih untuk jangka masa yang panjang dikatakan mempunyai tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Tekanan darah biasanya dibahagikan kepada lima kategori:

  • Hipotensi (tekanan darah rendah) –Sistolik mmHg 90 atau kurang, atau Diastolik mmHg 60 atau kurang
  • normal – Sistolik mmHg 90-119, dan Diastolik mmHg 60-79
  •  Pre-hipertensi – Sistolik mmHg 120-139, dan Diastolik mmHg 80-89
  •  Peringkat 1 Hipertensi – Sistolik mmHg 140-159, dan Diastolik mmHg 90-99
  • Peringkat 2 Hipertensi – Sistolik mmHg lebih 160, dan Diastolik mmHg lebih 100

Simptom Tekanan darah tinggi

Kebanyakan orang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak akan mengalami apa-apa gejala sehingga tahap mencapai kira-kira 180/110 mmHg.

Simptom tekanan darah tinggi biasanya termasuk:

  • Sakit kepala – biasanya, ini akan berlangsung selama beberapa hari.
  • Loya – rasa tidak senang dan rasa tidak selesa dalam perut dengan keinginan untuk muntah.
  • Muntah – kurang biasa daripada sekadar loya.
  • Pening – Ringan kepala, kegoyangan, dan gayat.
  • penglihatan kabur atau berganda (diplopia).
  • Epistaxis – hidung berdarah.
  • Berdebar-debar – perasaan marah-marah yang tidak teratur.
  • sesak nafas

Sesiapa yang mengalami gejala-gejala ini perlu berjumpa doktor dengan segera.

Diet dan hipertensi

Diet memainkan peranan yang sangat penting untuk mengawal dan merawat penyakit tekanan darah tinggi.

  • Kurangkan pengambilan garam – kandungan garam yang tinggi juga menyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi terutamanya bagi mereka yang mempunyai genetik yang cenderung mengalami retensi sodium. Elakkan pengambilan makanan yang diproses dan juga jeruk kerana makanan seperti itu mengandungi garam yang tinggi.
  • Turunkan berat badan – kegemukan juga boleh menyebabkan hipertensi. Penurunan berat badan dapat mengembalikan tekanan darah kembali normal.
  • Kurangkan makanan berlemak – makanan yang tinggi lemak bukan sahaja boleh menggemukkan malah menjadi penyumbang kepada tekanan darah tinggi. Hadkan pengambilan lemak kurang daripada 30% jumlah kalori dengan hanya 10% atau kurang daripada jumlah tersebut adalah daripada lemak haiwan.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein – pengambilan alkohol dan kafein yang berlebihan boleh memudaratkan dan dapat meningkatkan risiko hipertensi.

Kawal tekanan darah tinggi dengan diet DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension)

Kajian menunjukkan bahawa pola pemakanan yang rendah lemak dan kolesterol tetapi kaya dengan buah-buahan dan sayuran boleh mencegah penyakit tekanan darah tinggi dan sesetengah kes boleh mengurangkan tekanan darah tinggi.

Diet DASH terdiri daripada makanan yang tinggi serat, kalsium, magnesium dan potassium seperti berikut:-

  • Bijirin : 7 – 8 sajian dalam sehari
  • Buah2an dan sayuran: 4 – 5 sajian dalam sehari
  • Dairy foods (low fat or non fat) : 2 – 3 sajian dalam sehari
  • Daging, ayam dan ikan: 2 atau kurang sajian dalam sehari
  • Kekacang: 4 – 5 sajian dalm kkip
  • Lemak: 2 a 3 sajian sehari/ hindari lemak tepu.
  • Makanan manis: 5 sajian dalam seminggu

Terdapat juga kajian bahawa khasiat bawang putih juga mampu menurunkan tekanan darah tinggi.

Amalkan gaya hidup sihat

Selain daripada diet yang betul, amalan gaya hidup sihat seperti rajin bersenam dan tidak merokok juga penting bagi memastikan tekanan darah sentiasa berada dalam keadaan normal.

Elakkan stress yang berlebihan kerana stress yang tidak terkawal boleh menyebabkan hipertensi. Meditasi, yoga dan teknik relaxation boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi

Buat pemeriksaan doktor

Dewasa yang berumur 40 tahun ke atas adalah dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan tekanan darah tinggi dengan lebih kerap.

Khasiat vivix shaklee boleh merawat penyakit tekanan darah tinggi

Kandungan Vivix yang kaya dengan resveratrol sangat-sangat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Resveratrol dapat menurunkan trigliserida , LDL, dan lemak berlebihan di dalam darah serta meningkatkan nisbah kolesterol HDL dan LDL. Resveratrol di dalam Vivix juga berperanan sebagai ” pembersih pembuluh darah “, membantu menurunkan kepekatan darah dan mencegah terbentuknya pembekuan darah.

Resveratrol yang terkandung di dalam Vivix juga dapat mencegah terbentuknya arteosklerosis (keradangan pada pembuluh darah), mencegah kekejangan pembuluh darah, mengawal bekalan darah normal ke seluruh jaringan dan organ tubuh, serta dapat memperbaiki pengerasan pembuluh nadi dan tekanan darah serta mencegah penyakit yang berkaitan dengan saluran darah jantung.

Testimoni vivix sembuhkan pesakit darah tinggi


Jika anda ingin berihktiar dengan vivix shaklee, hubungi saya untuk maklumat lanjut dan tempahan


Saya pengedar shaklee sabah yang aktif di kawasan kawasan kota kinabalu, karamunsing, imago, suria sabah, centre point, kolombong, inanam dan kota belud.

(Visited 217 times, 1 visits today)

One thought on “Cara menurunkan tekanan darah tinggi tanpa ubatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge