Bagaimana cara mengatasi selsema bayi tanpa ubatan?

Asal saja cakap pasal baby, mesti kita sebagai parent sangat cepat panik dan risau kan.. especially bagi yang ada baby berumur di bawah 1 tahun. Sistem daya tahan tubuh atau imun bayi yang belum lagi sempurna, membuatkan bayi terdedah mengalami pelbagai penyakit termasuk selsema. Ada kira-kira 200 jenis virus yang boleh menyebabkan selsema pada bayi.

Selsema dimulai dengan keluarnya cairan berwarna jernih dari hidung yang boleh berubah kekuningan atau kehijauan selepas satu minggu. Kemungkinan juga disertai batuk atau sedikit demam. Pada umumnya bayi pada ketika ini masih mau makan atau bermain secara normal.

Apa yang kita boleh buat di Rumah?
Hidung berhingus yang dialami bayi sebenarnya merupakan suatu cara menyingkirkan kuman dalam badan. Namun, jika cecair yang timbul dari hidung terlalu banyak, boleh mengganggu pernafasannya.

Berikut adalah beberapa cara untuk meringankan gejala selsema pada bayi yang dapat kita dilakukan di rumah:

  • Letakkan bayi di bilik tanpa penyaman udara (air-cond) untuk mengurangkan hidung tersumbat. Kalau bayi lebih selesa dalam ruangan yang ada air-cond, gunakan mesin pelembap udara (humidiffier atau diffuser). Mommies boleh juga letak essential oil seperti Lavender atau Eucalyptus ke dalam diffuser/humidiffier untuk mengurangkan hidung tersumbat dan agar bayi tidur dengan selesa.
  • Kalau selsema pada bayi sudah semakin teruk dan mengganggu pernafasan, cairkan lendirnya dengan saline nasal spray. Kemudian gunakan alat penyedut hingus (nasal aspirator) bayi untuk membersihkan hidung.

  • Tepuk perlahan belakang bayi (teknik percussion) untuk membantu meringankan penapasannya yang tersumbat. Baringkan bayi dengan posisi meniarap pada lutut atau biarkan bayi duduk di pangkuan dengan condong ke arah depan.
  • Untuk mengelakkan iritasi, mommies boleh menyapu jeli petroleum di bahagian luar lubang hidung.
  • Bersihkan cecair hidung atau lendir yang mengeras pada hidung bayi dengan mengunakan tuala lembut yang dibasahi dengan air suam.

Jangan Sembarangan Memberikan Ubat
Selsema yang tidak mengganggu pola pemakanan bayi atau aktiviti bayi tidak memerlukan tindakan khusus. Elakkan penggunaan ubat-ubat bebas pada kanak-kanak di bawah umur 6 tahun kerana kemungkinan kesan sampingan yang berbahaya. Sebaiknya ubat-ubatan yang diberikan mesti melalui pengawasan doktor.

Jika bayi demam, berjumpalah dengan doktor mengenai kemungkinan memberikan parasetamol atau ibuprofen. Jangan pernah memberikan aspirin pada bayi kerana boleh berisiko menyebabkan kesan sampingan berbahaya.

Elakkan juga ubat-ubatan herba, seperti ephedra atau ephedrine, yang digunakan untuk meredakan hidung tersumbat. Ia mempunyai risiko kesan sampingan lebih besar daripada manfaatnya.

Keadaan yang Harus Diwaspadai
Walaupun selsema merupakan salah satu penyakit yang biasa dialami oleh bayi, namun ada beberapa keadaan yang membuatkan kita sebagai parents perlu berjaga-jaga dan segera berjumpa dengan doktor, Contohnya:

  • Selsema yang diiringi batuk dan demam lebih daripada 39 darjah Celsius pada kanak-kanak di bawah umur 6 bulan atau demam mencapai atau melebihi daripada 40 darjah Celsius pada kanak-kanak di atas 6 bulan atau demam yang berlangsung lebih daripada dua hari.
  • Mata berair atau muncul kotoran pada mata.
  • Batuk pada bayi semakin parah atau diiringi nafas yang cepat, terdengar bunyi “wheezing” apabila bayi bernafas.
  • Perubahan ketara pada pola makan atau tidur, sering mengantuk atau lemah.
  • Bayi menangis ketika menyusu sambil menggosok atau menarik telinga dan menangis ketika diletakkan di tempat tidur.
  • Selsema yang berlaku tidak bertambah baik selepas 5-7 hari.

Ingat mommies..Bayi dengan daya tahan tubuh yang belum sempurna, berisiko mengalami pelbagai penyakit termasuk selsema. Selsema yang disertai dengan gejala-gejala teruk seperti di atas haruslah segera berjumpa dengan doktor sebelum terlambat.

Baca entri cara pantas menghilangkan batuk dan selsema bayi di entri saya terdahulu.

(Visited 8 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge