Cara kempiskan perut dengan cepat

Sejak jadi mommy ni memang sangat susah untuk mau buang lebihan lemak terutamanya pada belly pooch. Ramai wanita seperti saya sendiri mengalami masalah untuk kempiskan perut selepas bersalin. Apatah lagi bagi mereka yang bersalin secara caesarean, memang perut nampak masi macam 5 bulan preggy.

Bagi anda yang tercari-cari petua kempiskan perut dengan mudah, anda boleh mencuba beberapa petua yang saya kumpulkan dari sumber google dan petua-petua dari orang tua.

1. MINUM AIR LIMAU NIPIS

Minum air limau setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas makan. Jangan tambah sebarang pemanis tau. Just perah 1 biji limau nipis ke dalam 1 gelas air suam.

Ia bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap, akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang anda. Air limau tersebut boleh membantu untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi dengan baik. 

2. MINUM TEH HALIA

Halia bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi diambil untuk membuang angin dari badan. Ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik.

Dengan meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien, terutamanya di bahagian perut. Halia juga dikatakan menyekat pengeluaran hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam badan. Cara kempiskan perut dengan minum teh halia boleh dibuat di rumah.

3. MAKAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN OMEGA-3

Amalkan diet yang mengandungi omega-3 setiap hari. Makanan yang kaya dengan Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti dalam mengurangkan penyimpanan lemak di perut anda.

Jika anda tidak makan ikan, anda boleh menggantikannya dengan minyak ikan sebagai ganti Omega-3 tersebut. Cadangan minyak ikan terbaik ialah Omega Guard Shaklee.

4. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA

Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula.

Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon, iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.

5. TIDUR SECUKUPNYA SEKURANG-KURANYA 6-8 JAM SEHARI

Ramai orang memandang rendah betapa pentingnya tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan sistem dalaman badan kita mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menggantikan sel-sel badan yang rosak atau lemah.

Tidur yang cukup juga memastikan sistem saraf, pengeluaran hormon dan metabolisme anda berada di tahap optimum dan anda dapat lakukan kerja seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga berfungsi dengan cerdas.

6. TINGKATKAN METABOLISME

Mereka yang mempunyai metabolisme yang tinggi adalah seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam. Kajian juga mendapati bahawa metabolisme yang tinggi secara pasifnya akan membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah.

Antara cara untuk meningkatkan metabolisme adalah dengan meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan daging tanpa lemak, meminum teh hijau serta rajin bersenam. Bersenam 10 minit sehari suda cukup berkesan untuk meningkatkan kadar metabolisme. 

7. MAKAN DENGAN KUANTITI YANG SEDIKIT TETAPI KERAP

Cuba amalkan untuk makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Tukarkan 3 hidangan biasa kepada 5-6 hidangan kecil sepanjang hari bagi mengekalkan metabolic rate. Ia juga dapat mengelakkan anda daripada makan berlebihan melebihi keperluan badan.

8. KEMPISKAN PERUT DENGAN LECITHIN DAN ALFALFA

Ni adalah cara paling senang. Just telan 6 biji lecithin sebelum sarapan dan 10 biji alfalfa selepas sarapan untuk dapatkan kesan yang paling cepat.

Lecithin bertindak untuk bakar lemak berlebihan dalam perut. Alfalfa pula berfungsi sebagai detox. Paling penting, jangan lupa minum banyak air. 

Untuk kesan lagi power boleh add on Herblax. Ia berfungsi sebagai detox usus bagi mengelakkan sembelit dan membuang toksin.

Setiap 25kg berat perlu 1 liter air.. so berapa yang anda patut minum dalam sehari?

Apa kata mereka yang telah berjaya kempiskan perut dengan hanya mengambil lecithin dan alfalfa secara konsisten?

Credit pic: iReach & s2u family
Hubungi saya:

Jessie Fufu 0138568620

(Visited 214 times, 1 visits today)

One Reply to “Cara kempiskan perut dengan cepat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge