Cara Hilangkan Sakit Gigi dengan Cepat

Hi all.. niari mau cerita pasal sakit gigi.. Adakah kamu pernah rasa sakit gigi sampai tidak dapat tidur malam? Sakit gigi memang antara sakit yang paling saya tidak tahan. Kalah-kalah tu sakit mau beranak. Jangan bilang susah mau makan..mau tidur pun susah..mau buat apa saja pun tidak dapat sebab telampau sakit.

Google2 jumpa pula beberapa petua cara hilangkan sakit gigi dengan cepat yang boleh dicuba seperti di bawah.

1. Lada Hitam dan Garam

Garam dicampur dengan lada hitam sangat berguna untuk menghilangkan sakit gigi  kerana kedua-dua bahan-bahan ini mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti-radang dan analgesik.

  • Campurkan jumlah yang sama lada hitam dan garam biasa dengan beberapa titik air untuk membentuk pes.
  • Kemudian tampal pes tersebut terus pada gigi yang sakit dan biarkan untuk beberapa minit.
  • Lakukan ini setiap hari selama beberapa hari sehingga sakit gigi hilang.

2. Bawang putih

Penggunaan bawang putih juga boleh memberikan kelegaan daripada sakit gigi. Bawang putih mempunyai ciri-ciri perubatan antibiotik yang boleh menjadi sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan.

  • Campurkan seulas bawang putih yang ditumbuk (atau serbuk bawang putih) dengan sedikit garam dan tampal pada gigi yang sakit untuk mengurangkan rasa sakit.
  • Ulangi rawatan semulajadi ini untuk beberapa hari.

3. Cengkih


Cengkih mempunyai anti-radang, anti-bakteria, anti-oksida dan anestetik yang membantu mengurangkan rasa sakit gigi dan melawan jangkitan.

  • Tumbuk atau kisar 2 biji cengkih dan campurkan sedikit minyak zaitun atau minyak sayur-sayuran kemudian sapukan pada gigi yang sakit.
  • Satu lagi cara ialah sapukan kapas dengan minyak cengkih dan sapukan terus pada gigi yang sakit. Atau, anda juga boleh campurkan beberapa titik minyak cengkih dalam setengah gelas air dan jadikannya sebagai pencuci mulut (kumur-kumur).

4. Bawang

Bawang mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-mikrob yang boleh melegakan sakit gigi. Ia boleh memberikan kelegaan daripada kesakitan dengan membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan.

  • Jika sakit gigi anda baru bermula, kunyah seulas bawang mentah selama beberapa minit untuk melegakan kesakitan.
  • Jika anda tidak dapat mengunyah, letakkan sekeping bawang mentah secara langsung pada gigi yang buruk atau gusi yang sakit.

5. Air garam

Segelas  air garam yang suam boleh membantu merawat sakit gigi.

  • Campurkan setengah sudu garam biasa ke dalam segelas air suam dan kumur-kumur  mulut anda dengan sempurna. Ia akan membantu mengurangkan bengkak dan keradangan, dan juga melawan bakteria yang menyebabkan jangkitan.

6. Daun Jambu Batu

Daun jambu batu yang segar juga boleh mengurangkan sakit gigi, kerana ia mengandungi anti-radang, analgesik dan antimikrob.

  • Kunyah satu atau dua daun jambu batu sehingga keluar jus dan terkena pada gigi yang sakit. Cara lain adalah dengan meletakkan 4-5 daun jambu batu dalam air dan rebus. Tambahkan sedikit garam dan gunakan  sebagai cecair pencuci mulut.

7. Ekstrak Vanilla

Ekstrak Vanilla adalah satu lagi cara untuk merawat sakit gigi kerana ia membantu untuk kebaskan kesakitan. Tambahan pula, vanila mempunyai kesan yang menenangkan.

  • Celupkan  kapas ke dalam ekstrak vanila dan sapukan pada kawasan gigi yang sakit. Lakukan ini beberapa kali sehari sehingga sakit gigi hilang.

8. Kiub Ais

Balut 1 kiub ais dengan menggunakan kain yang nipis. Kemudian gosok kiub ais di bahagian pipi yang berdektan dengan gigi yang sakit selama beberapa minit untuk melegakan kesakitan gigi.

Cadangan Vitamin Shaklee untuk hilangkan sakit gigi

1. Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara gusi daripada jangkitan virus dan bakteria.

2. Ostematrix

Ostematrix mengandungi kalsium yang tinggi, amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang dan gigi. Pengambilan ostematrix juga dapat meredakan bengkak pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman.

3. Garlic Complex

Selain daripada pengambilan bawang putih mentah seperti dalam petua no. 2 di atas, anda juga boleh mengambil Garlic Complex Shaklee sebagai alternatif lain. Sebab bukan semua orang tahan memakan bawang putih mentah-mentah.

Kandungan alisin di dalam Garlic Complex memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria yang menyerang enamel dan pulpa gigi.

Dapatkan Vitamin untuk kurangkan sakit gigi anda hari ini.

Hubungi saya, Jessie Fufu 0138568620

(Visited 329 times, 1 visits today)

One Reply to “Cara Hilangkan Sakit Gigi dengan Cepat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge