Bukit Bongol: tempat mencabar untuk kaki hiking

Trend sekarang ni ramai yang suka pigi hiking di bukit2 seperti Bukit Padang, Bukit Tirig, Bukit Perahu etc. Hobi mendaki bukit atau hiking ni bukan saja bermanfaat untuk kesihatan namun sebagai aktiviti mengisi lapang dengan kawan2 dan keluarga. Selain itu, ramai yang hiking sebagai persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu.

Jika kamu gemarkan aktiviti hiking dan sudah bosan dengan mendaki bukit2 di sekitar tempat kamu tu, apa kata try lagi hiking di Bukit Bongol, Kota Belud.

Bukit Bongol yang terletak di antara Kg. Pirasan, Kg. Kinasaraban, Kg. Mandap dan Kg. Lasau Tintapon mempunyai 10 puncak yang berbeza ketinggian. Cukup mencabar bagi mereka yang baru saja berjinak-jinak dalam aktiviti hiking ini.

Jaraknya untuk ke puncak 10 akan mengambil masa dalam 2 hingga 3 jam masa pendakian (bergantung kepada fitness level masing-masing). Ada beberapa trail yang boleh kamu lalui iaitu melalui Kg. Pirasan, Kg. Kinasaraban atau Kg. Mandap.

Bagi mereka yang suka trail yang mencabar dengan melalui kesepuluh puncak bukit bolehlah ikut trail dari Kg. Kinasaraban atau Kg. Pirasan. Bagi yang ingin terus ke puncak 10 (puncak yang tertinggi) bolehlah ikut trail dari Kg. Mandap.


Bagi yang belum pernah melalui mana-mana trail sebelum ini, disarankan agar kamu mendaki dengan kawan-kawan yang familiar dengan trail tersebut. Nanti takut pula sesat kan. Kamu juga boleh hire  penduduk kampung di sekitarnya sebagai guide kamu kalau mau. Ada beberapa orang yang saya kenal boleh jadi guide juga.

Pemandangan dari puncak Bukit Bongol sangat cantik dengan view Gunung Kinabalu, pantai dan laut serta kawasan sekitar bukit tersebut. Be sure to take a lot of nice photos when you are up there.

Keadaan bukit yang agak curam dan licin mungkin boleh membahayakan sekiranya tidak berhati-hati.Wear appropriate gears and bring along enough water and first aid kit.

So, kepada para hikers.. selamat menawan Bukit Bongol, Kota Belud. Di sini saya share beberapa gambar yang di ambil oleh pendaki2 sebelum ini untuk tatapan anda semua (photos from google).


Gambar: Courtesy Google

Cantik kan.. so if you happen to be in Kota Belud, why not try pigi hiking ni tempat.. tidak jauh tu dari KK.. only 1 hour distance saja..

Sekian info mengenai Bukit Bongol. Jangan lupa share kepada kawan2 yang kaki hiking.

 

(Visited 1,789 times, 9 visits today)

4 thoughts on “Bukit Bongol: tempat mencabar untuk kaki hiking

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge