Blighted Ovum punca utama keguguran pada wanita

Blighted ovum (anembryonic gestation) atau kehamilan anembryonic adalah kehamilan yang tidak mengandungi embrio. Keadaan ini adalah salah satu penyebab umum kehamilan terhenti dengan sendirinya, iaitu sebuah keadaan yang lebih dikenal dengan istilah keguguran.

secara umum, keguguran boleh terjadi bila-bila masa pada usia awal kandungan sehingga usia kandungan mencapai 23 minggu. Keadaan blighted ovum merupakan penyebab umum keguguran pada tiga bulan pertama kehamilan.

Blighted ovum biasanya berlaku disebabkan kelainan kromosom pada fetus yang sedang berkembang. Tubuh ibu akan menghentikan kehamilan apabila menyedari adanya kelainan tersebut. Selain kelainan kromosom, pembahagian sel yang tidak sempurna juga boleh mengakibatkan blighted ovum. Kualiti sel telur dan sperma juga boleh menyebabkan adanya kelainan kromosom yang pada akhirnya boleh menyebabkan blighted ovum.

Gambar ultrasound blighted ovumPhoto: Credit to savymommymoments.com

Gejala Blighted Ovum

Ada kemungkinan bagi seseorang yang mengalami blighted ovum pada tahap awal kehamilan merasa bahawa dirinya sedang mengalami kehamilan secara normal. Hal ini kerana blighted ovum mempunyai gejala yang sama dengan kehamilan biasa, seperti haid yang lewat disertai hasil ujian kehamilan yang positif. Pesakit boleh terus merasa dalam keadaan hamil sehingga berlaku pendarahan dari faraj.

Berhati-hati dengan gejala selain pendarahan yang boleh menjadi tanda-tanda keguguran, iaitu jumlah haid yang lebih banyak daripada biasanya, kekejangan pada sekitar perut serta munculnya bintik-bintik. Hubungi doktor dengan segera jika anda mengalami gejala ini untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat.

Diagnosis Blighted Ovum

Doktor biasanya akan memeriksa paras hormon hCG (human chorionic gonadotropin) untuk memastikan bahawa terjadinya kehamilan. Hormon ini dihasilkan oleh plasenta dan parasnya bertambah sehingga beberapa waktu. Doktor juga akan melakukan ujian ultrasound untuk memastikan kantung amniotik (amniotic sac) yang telah terbentuk itu mengandungi embrio ataupun tidak. Biasanya doktor akan melakukan ultrasound semula sepuluh hari selepas ujian ultrasound pertama untuk memantau perkembangan embrio dan keadaan kehamilan.

Untuk memastikan diagnosis blighted Ovum, kantung amniotik dan embrio harus memenuhi beberapa kriteria saiz, iaitu diameter 25 mm atau lebih untuk kantung amniotik dan tidak mempunyai kantung yolk sac (ovum) atau embrio. Gambaran lain adalah ketika embrio mempunyai panjang lebih daripada 15 mm namun tidak mempunyai aktiviti jantung yang sihat.

Rawatan Blighted Ovum

Salah satu prosedur rawatan yang dilakukan selepas seseorang didiagnosis blighted ovum adalah dengan mengeluarkan embrio dan rangkaian plasenta yang tidak berkembang dari dalam rahim. Prosedur ini dinamakan dilatase dan kuretase. Selain itu, ubat-ubatan boleh digunakan sebagai pilihan selain prosedur operasi. Kedua-dua cara tersebut mempunyai kesan sampingan seperti kekejangan pada perut.
Pesakit yang mengalami blighted ovum perlu mempelajari dan mengetahui bahawa dia bukanlah penyebab dari keguguran yang dialaminya. Dirinya sendiri harus menyedari bahawa keguguran adalah proses semula jadi yang tidak boleh dicegah apabila badan mengesan ketidaknormalan pada proses kehamilan. Dengan memahami perkara ini, kesihatan tubuh dan jiwa pesakit dapat kembali pulih dengan cepat.

Pencegahan Blighted Ovum

Blighted ovum biasanya kerap terjadi pada sebahagian besar wanita. Malangnya pada sebahagian besar kes, keadaan ini tidak dapat dielakkan. Bagi sebahagian wanita yang pernah mengalami blighted ovum, jangan risau kerana anda mempunyai peluang untuk mempunyai kandungan yang sihat pada kehamilan seterusnya. Anda dan pasangan boleh melakukan ujian genetik untuk mengesan adanya kelainan yang berisiko berulangnya keguguran.

Sentiasa menjaga kesihatan anda dan pasangan juga merupakan salah satu bentuk pencegahan awal yang boleh dilakukan bersama. Merancang dan melalui proses kehamilan bersama-sama akan menyediakan sokongan yang bermakna bagi satu sama lain. Elakkan juga faktor-faktor risiko dari merokok dan disyorkan untuk menghentikan pengambilan minuman beralkohol semasa mengandung.

Bagi menyediakan proses kehamilan yang sihat, disarankan agar si isteri mengambil makanan yang kaya dengan asid folic. Asid folic juga boleh di dapati dalam bentuk tablet bagi mencukupkan keperluan badan dalam persediaan untuk proses kehamilan.

Untuk merawat masalah kesuburan, bukanlah tanggungjawab si isteri seorang sahaja. Suami juga turut bersama-sama berikhtiar untuk merancang kehamilan. Jika dalam hal ini, suami sudah tidak dapat berkerjasama, bagaimana nanti pula selepas kelahiran si comel anda? Tentu saja setiap rencana Tuhan itu pasti ada hikmahnya.

Jika anda dalam usaha untuk mencari ikhtiar untuk hamil, mungkin anda berminat untuk mengetahui apa supplemen shaklee untuk kesuburan suami isteri dan juga rahsia mudah hamil.

(Visited 123 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge