6 Helah Mengatasi Bayi Menangis Yang Mungkin Belum Anda Ketahui

Pernahkah para mommies di luar sana especially yang ada bayi kecil mengalami keadaan di mana bayi kecil kita tidak berhenti menangis? Pelbagai cara sudah dicuba untuk mengatasi bayi menangis seperti memberinya susu, menggendong, atau menukar lampin. Tapi suara tangisan masih saja keluar dari mulutnya yang comel. Kadang keadaan ini juga membuatkan para mommies ikut stress lebih-lebih lagi mereka yang masih berpantang, hormon belum lagi stabil..silap-silap boleh membuatkan mommies meroyan.

Tenang mommies..bayi kecil kita tu masih belum boleh bercakap secara langsung mengenai hal yang diinginkan dan dirasakannya, contohnya ketika dia merasa sakit, lapar, atau ketika dia tidak selesa kerana lampin basah. Semua itu akan disampaikannya melalui tangisan.

Ada beberapa cara atau tricks yang boleh mommies lakukan untuk menghentikan tangisannya seperti berikut:

  1. Mandikan.
    Kaedah ini kerap dipakai dan dianggap berjaya menenangkan bayi yang menangis oleh beberapa mommies yang sudah mencubanya. Alasannya, kerana bayi boleh merasa tenang ketika mendengar bunyi gemercik air. Mommies boleh juga menambah beberapa titik Lavender essential oil dalam mandian bayi supaya mereka lebih tenang. Namun begitu, perlu diingat juga jangan terlalu kerap memandikan baby kamu ya. Ini kerana memandikan bayi dengan terlalu kerap boleh membuat kulitnya menjadi kering dan kesejukan.
  2. Matikan lampu/jadikan suasana bilik yang lebih malap
    Ketika bayi menangis mungkin mommies boleh cuba matikan lampu atau jadikan suasana bilik menjadi lebih malap. Hal ini boleh membuatnya tenang seperti berada di dalam kandungan.
  3. Shushing.
    Buat “white noise” yang menenggelamkan bunyi lain. Masa bayi masih di dalam kandungan, Si Kecil terbiasa mendengar suara-suara bising seperti ketika ibu menelan makanan, jantung ibu yang berdetak, dan derasnya aliran darah di tubuh ibu. Suara bising tersebut ternyata boleh membuatnya tenang semasa berada di dalam rahim ibu. Mommies boleh menghadirkan suasana itu kembali dengan cara perdengarkan kepada Si Kecil seperti suara kipas angin, suara mesin basuh, suara radio, atau suara vacuum. Mommies boleh juga rakam bunyi-bunyi tersebut di handphone dan mainkan ketika bayi kamu menangis. Pastikan bunyi tersebut tidak terlalu keras atau terlalu dekat dengan bayi.
  4. Rakam suara tangisan bayi anda.
    Ini trick yang selalu saya sendiri guna. Saya rakam suara baby saya time dia menangis. Then bila dia start menangis, saya kasi dengar dia balik suara tangisan dia yang saya simpan dalam hp. Terus baby tu diam2. Hehehehe
  5. Buat gerakan irama dalam apa jua bentuk.
    Sebagai contoh, bawa bayi anda untuk menaiki stroller atau kereta. Mengajak Si Kecil untuk bergerak boleh dijadikan cara untuk menghentikan tangisannya yang tidak pandai berhenti. Hal ini juga boleh mengingatkannya akan suasana damai ketika di kandungan. Di dalam sana, tubuhnya sudah terbiasa dengan gegaran. Nah, mommies boleh bawa baby keliling rumah naik kereta. Kalau malas mau drive tu, mommies boleh kasi letak saja baby di stroller then surung-surung di kawasan rumah.
  6. Urut bayi.
    Dengan melakukan urutan lembut pada bayi dipercayai dapat mengurangkan tangisan dan membuat bayi tidur lebih baik. Hanya buka pakaian bayi dan berikan sentuhan lembut pada kaki, tangan, punggung, dada, dan wajah. Boleh gunakan Lavender essential oil untuk bayi lebih rilex. Silap2 mommy dia pun ikut tertidur.

Peringatan:
Kalau ingin menghentikan tangisan bayi, jangan terus lakukan kesemua helah di atas ya. Ini kerana ia dapat membuat bayi kita bingung dan tidak jadi berhenti mennagis. Disyorkan untuk mencuba satu atau dua helah dalam waktu tertentu. Jika cara tersebut berjaya, lakukan trick yang sama kalau next time dia menangis lagi.

Selamat memcuba mommies. Jangan lupa share to mommies yang lain k.

(Visited 31 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge